Hati ibu mana yang tak risau bila dia mendengar anaknya ditimpa musibah, mesti dia akan mahu keselamatan dan kesihatan anaknya itu diutamakan.
Baru-baru ini telah tular di Facebok mengenai sebuah perkongsian dari seorang ibu yang mendakwa anaknya yang mengalami kecederaan tidak mendapat rawatan sepenuhnya ketika dibawa ke sebuah hospital kerajaan di Kelantan.
Melalui perkongsian itu, si ibu berkongsi detik cemas apabila anaknya itu terlibat dalam kemalangan dan dalam perjalan ke sebuah hospital.
https://www.facebook.com/azimah.abdullahzawawi/posts/pfbid02hJHkCbDD1LQ2ku52Y8EHm3MuCZMkNq8u5YfDoJrVJnrV7jVZWX7VN8Zx4Z2wyuUfl
Walaubagaimanapun, si ibu telah mendakwa tidak berpuas hati dengan layanan staff daripada hospital berkenaan.
Anak muntah-muntah & tidak bermaya tapi doktor suruh discharge?
Menurut si ibu, setelah empat jam anaknya menerima rawatan doktor tersebut telah memberikan keizinan untuk anaknya discharge dan meminta si ibu untuk meneliti jika ada tanda-tanda perubahan pada kesihatan anaknya.
Oleh itu, si ibu telah meminta agar anaknya dimasukkan ke dalam wad untuk dipantau dengan rapi oleh kakitangan hospital, namun permintaan itu telah ditolak oleh doktor tersebut walaupun telah dirayu oleh si ibu.
Si ibu juga mendakwa doktor tersebut memberikan jawapan dengan angkuh mengenai mengapa anaknya itu tidak dapat ditempatkan ke dalam wad dan menyatakan bahawa dia sibuk menguruskan hal lain.
“Saya penat, banyak lagi patient saya nak tengok…saya banyak kerja.. (AYAT YANG KELUAR DARI SEORANG DOKTOR YANG BERTAULIAH),” kata ibu mangsa.
Susulan kejadian itu, si ibu telah membawa anaknya ke hospital berlainan untuk mendapatkan rawatan lanjut dan menurut ibu mangsa anaknya telah ditempatkan di zon kuning ketika menerima rawatan yang sepatutnya.
Bukan itu sahaja, doktor di hospital itu turut memberitahu bahawa jahitan yang dilakukan oleh ‘doktor awal’ itu dibuat secara ‘ala kadar’ dan ada juga luka-luka yang tidak dirawat.
Korang boleh baca cerita penuh dekat SINI.
“Banyak kes dah hospital ni” – Netizen
Rata-rata netizen meluahkan rasa simpati dan menitipkan doa terhadap mangsa dan ada juga warganet yang berkongsikan kisah mereka ketika menerima layanan yang sama di hospital berkenaan.
Betul ke ni? Korang pernah alami tak perkara yang macam ni?
Baca : Sabah Rekodkan Pembedahan Otak Pertama Dalam Sedar, Pesakit Menyanyi & Mengeja Ketika ‘Operation’