in

“Saya akan continue Menu Rahmah ini” – Bos MYDIN Sebak Mengenang Pemergian Salahuddin Ayub

Mydin Salahuddin Ayub

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, kita dikejutkan dengan pemergian Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Pemergiannya memberi impak yang besar buat rakyat malaysia kerana beliau telah memulakan inisiatif Payung Rahmah di Parlimen bagi membantu rakyat yang tidak berkemampuan dengan set makanan yang berharga RM5 serta jualan barangan murah.


Antara individu yang terkesan dengan pemergian beliau ialah Datuk Wira Haji Dr. Ameer Ali Mydin yang merupakan pengarah operasi rangkaian pusat pemborong serta peruncit halal yang terbesar di Malaysia, Mydin.

Beliau merupakan antara individu awal yang mengaplikasikan menu Rahmah di kebanyakan Mydin seluruh Malaysia.

Dalam sebuah temu ramah dengan Astro AWANI, Datuk Ameer menceritakan keprihatinan Allahyarham yang sentiasa ingin membantu rakyat, beliau turut menyifatkan Allahyarham ibarat seorang sahabat buatnya.

“Walaupun dia menteri, dia macam seorang kawan. Kalau kita telefon tanya apa-apa dia mesti akan jawab, tak kisah pada bila-bila masa. 

Kalau industri ada masalah, dia mesti akan telefon balik tanya dan ajak berjumpa. Saya berharap selepas ini ada lagi menteri atau perdana menteri yang ada leadership skill macam ni, leadership skill from the heart,” katanya.

Dengan nada sebak, Datuk Ameer menceritakan personaliti Allahyarham ini amat disenangi dan beliau tidak memaksa dalam membuat apa-apa keputusan sebaliknya beliau hanya mencadangkan dan peniaga-peniaga akan bersetuju dengannya.

Datuk Ameer di hujung temu ramah secara dalam talian itu berkata beliau akan sentiasa meneruskan inisiatif Payung Rahmah ini sehingga ke akhir hayatnya.

Al-Fatihah…

Baca: Pelopor Menu Rahmah Meninggal Dunia, Ini Apa Korang Perlu Tahu Tentang Salahuddin Ayub

Collage 29

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.