in

“Saya ada cara pencegahan sendiri” – Ellie Suriaty Hormat Pilihan Anak Taknak Divaksin, Keluarga Amal Makanan Sunnah

Ft Ellie Suriaty Hormat Anak Tolak Vaksin Amal Makanan Sunnah

Sejak semalam, viral tentang berita dua anak pasangan pelakon Ellie Suriaty dan suami, Azri Iskandar yang membuat laporan polis bersama seorang rakan mereka bagi menyatakan hak untuk menolak suntikan vaksin Covid-19.

Menurut Azrell Omar Azri Iskandar, 17, dia tidak mahu divaksin kerana enggan mempertaruhkan nyawanya dan bimbang jika berlaku sesuatu perkara tidak diingini terhadap dirinya selepas mendapat suntikan.

Saya tak sanggup mempertaruhkan nyawa saya untuk ujian klinikal ini kerana ada pelbagai kaedah mencegah Covid-19 iaitu melalui cara perubatan homeopati holistik, makanan sunnah yang keluarga saya amalkan bagi mencegah penularan Covid-19.”

3 Pelajar Buat Laporan Tolak Vaksin

 

“Saya hormat pilihan anak, laporan polis sebagai perlindungan” – Ellie Suriaty

Mengulas lanjut tentang isu ini, Ellie berkata tindakan anaknya Azrell dan Nur Azreen Omar Azri Iskandar, 12, membuat laporan polis itu adalah sebagai ‘perlindungan’ sekiranya mereka dipaksa untuk mengambil vaksin kelak.

Saya hormat pilihan anak saya untuk tolak vaksin. Sekolah dah keluarkan borang untuk setuju divaksin atau tidak. Memanglah sekolah kata you boleh jawab ya atau tidak, tapi kalau kita pilih tidak, kita kena ada covering report supaya ia tidak jadi paksaan.”

Takut jadi paksaan bila kata it’s okay tak ambil vaksin tapi nanti tak boleh duduk SPM. Anak saya 17 tahun dan anak perempuan saya 12 tahun dan akan masuk ke tingkatan 1. Takut nanti tak boleh masuk sekolah.”

Ellie Suriaty Baju Hitam

 

Keluarga ada cara tersendiri untuk cegah Covid-19

Menurut Gempak, pelakon itu sendiri berkata tidak akan mengambil suntikan vaksin dan memilih untuk mencegah virus itu menggunakan kaedah perubatan homeopati holistik serta mengamalkan pemakanan sunnah.

Orang yang ambil vaksin kata dia guna vaksin sebagai langkah pencegahan, okay fine dan saya pun ada cara pencegahan sendiri menggunakan remedi semula jadi. Pagi-pagi saya sekeluarga akan minum air lemon campur madu dan letak cengkih serta kulit kayu manis.”

Tengah hari kita minum habbatus saudda atau sumac yang dicampurkan dalam air ataupun masakan. Inilah cara kita, mungkin orang cakap kolot tapi sunnah Rasulullah, habbatus sauda adalah ubat segala penyakit kecuali mati. So, I will not take the vaccine.”

 

Tak yakin dengan vaksin sebab dihasilkan terlalu cepat

Kita memang menganalisa keperluan eksperimen vaksinasi. Saya tak setuju bila orang kata yang tolak vaksin ni semua antivaksin sebab kita memang ambil vaksin dari kecil tapi vaksin itu semua dihasilkan menerusi kajikan selama 5 hingga 10 tahun, baru digunakan ke atas manusia.”

Bila kerajaan lancarkan vaksin di mana ia dibina dalam masa 6 ke 8 bulan, itu je kita dah persoalkan kenapa terlalu cepat. Mereka sukarela ambil ujian vaksin di Malaysia haritu, mana data dia? Kenapa tak didedahkan, apa jadi kat diorang?”

Ellie Suriaty Dan Keluarga

Menurutnya lagi, dia tidak ada masalah untuk mengambil suntikan vaksin jika sekiranya ia telah menjalani ujikaji makmal selama 10 tahun.

Tapi you buat dalam masa 6 ke 8 bulan, lepas tu lancarkan, lepas tu orang yang sihat ada macam-macam masalah kesihatan, ini apa?”

Dan kita tengok sebelum program vaksinasi dijalankan, peratusan orang kena Covid tak tinggi. Tapi bila dah 60% pergi vaksin, kenapa kes jadi berpuluh-puluh ribu ni? Logik dia kata mana?

Lebih baik jadi macam dulu, orang tak ambil vaksin, just ambil ubat dan kuarantin di rumah.”

Sementara itu, Ellie turut meluahkan rasa kasihan pada anaknya selepas keputusan untuk menolak vaksin itu disalahertikan oleh netizen sehingga menjadi viral di media sosial. Katanya, Azrell tidak berniat untuk menghasut orang ramai supaya tolak vaksin sebaliknya hanya membuat laporan kerana takut dihalang daripada menduduki SPM.

Baca: “Saya tak sanggup pertaruhkan nyawa saya” – Anak Ellie Suriaty Buat Laporan Polis, Tolak Suntikan Vaksin Covid-19

Ft Anak Ellie Suriaty Buat Laporan Tolak Vaksin