in

“Satu satu dia tapau” – Badass! Wanita Intip Semua Pembunuh Anaknya Sebelum Humban Dorang Dalam Penjara

Collage 26

Korang semua mesti pernah tengok cerita Taken kan? Kisah Miriam Rodriguez ni lebih kurang sama macam filem tu cuma lagi gempak sebab sebelum anak perempuannya mati dibunuh, dia hanyalah seorang ibu normal.

Namun, selepas anaknya dibunuh, wanita ni dah tak fikirkan tentang nyawanya dan motif dia hanya satu, nak tumpaskan geng yang telah membunuh anaknya…

Intip pembunuh anaknya satu demi satu

Epa Mexico Crime Activist Killed 05958533Jpg Js323124290

Pada tahun 2012, anak Miriam, Karen Alejandra Salinas Rodriguez tiba-tiba menghilangkan diri sebelum keluarga mereka diganggu dengan panggilan telefon dan ugutan meminta wang tebusan supaya Karen boleh pulang semula ke pangkuan mereka.

Namun semuanya hanya janji palsu bila mayat Karen ditemui di salah sebuah ladang terbiar dua tahun selepas penculikannya.

Dalam masa tiga tahun, Miriam telah dedikasikan dirinya untuk memburu pembunuh-pembunuh anaknya itu dengan mengintip mereka satu demi satu di seluruh Mexico.

Ibu yang tak kenal erti takut ini melakukan pelbagai cara untuk menjejaki pembunuh-pembunuh itu. Dari berkawan dengan saudara terdekat mereka untuk dapat tip dan mencari mereka dalam talian.

Miriam gunakan pelbagai alasan untuk berjumpa dengan keluarga pembunuh-pembunuh ini yang boleh memberikan informasi tentang orang yang dicarinya walaupun sedikit dan tulis kesemuanya dalam usaha untuk menjejaki mereka.

Tak cukup dengan itu, Miriam juga telah menyamar menggunakan pelbagai samaran dengan menjadi pengundi, pekerja kesihatan dan pegawai pilihanraya. Wanita ini juga banyak kali menukar warna rambut dan gaya potongan rambut untuk tukar penampilan.

“Kalau kau gerak, aku tembak”

Aczed123Jpg Js625685042

Dalam salah satu kes, Miriam yang ketika itu berusia 56 tahun berjaya menjejaki salah seorang pembunuh anaknya di Texas. Sebelum sertai geng kartel Zeta yang menculik anaknya, pembunuh itu adalah seorang penjual bunga dan kini selepas menjadi pelarian, dia kembali menjual bunga di jalanan.

Tanpa mandi, Miriam telah mengenakan kot, memaki topi bola lisut dan meletakkan pistol dalam begnya sebelum pergi ke Texas untuk menjejaki si penjual bunga.

Apabila dia berjaya mengesan lelaki tersebut, Miriam jadi terlalu teruja hingga dia datang terlalu dekat dengan lelaki tersebut. Pembunuh tersebut sempat mengecam Miriam sebelum melarikan diri namun wanita ini sempat memintasnya dan menarik baju lelaki tersebut dan jatuhkan dia ke tanah sebelum meletakkan pistol di belakang badannya.

Kalau kau gerak, aku tembak.”

Miriam telah memegang lelaki tu selama satu jam sebelum pihak polis tiba dan menahan pembunuh tersebut.

Hari Ibu tahun 2017

Aczed113Jpg Js625685016

Dalam masa tiga tahun, Miriam berjaya menangkap hampir kesemua ahli kumpulan yang membunuh anaknya selepas dorang cuba untuk mulakan hidup baru sebagai pemandu teksi, penjual kereta, pengasuh budak, penjual bunga dan lain-lain.

Keseluruhannya, Miriam telah berjaya menangkap 10 orang pembunuh anaknya. Ekoran ini, kempen keadilan telah dibuat hingga menjadikan wanita ini terkenal tapi juga membahayakan dirinya.

Sebab… Tak ada orang, berani lawan jenayah terancang apa lagi letakkan ahlinya dalam penjara.

Kerana ini, pada Hari Ibu 2017, beberapa minggu selepas dia letakkan salah seorang dari sasaran terakhirnya, Miriam telah ditembak 12 kali di hadapan rumahnya,

Suaminya yang sedang menonton TV di dalam rumah menemui wanita ini terbaring di atas jalan dengan tangan di dalam beg bersebelahan pistolnya.

Wanita ini mati dalam perjalanan ke hospital.

Kalau korang nak tahu, sebelum wanita ini mati, dia telah meminta kerajaan untuk berikan dia perlindungan selepas salah seorang banduan terlepas dari penjara.

Aczed121Jpg Js625685023

Kini, anak Miriam telah mengambil alih salah satu kumpulan yang dibuat oleh ibunya untuk membantu keluarga lain mencari anak mereka yang hilang.

 

Sumber: The Sun, New York Times

 

Baca: 5 Sebab Mengapa Ratu Legenda Ini Dianggap ‘Badass’ Dalam Ketamadunan Melayu

Screenshot 2020 12 15 At 1.35.09 Pm

Sumber: The Sun
Sumber: The Sun
Sumber: The Sun
Sumber: NY Times