Burj Khalifa adalah bangunan yang paling tinggi di dunia. Terletak di Dubai, Emiriah Arab Bersatu, Burj Khalifa berdiri dengan ketinggian 828 meter dan menjadi mercu tanda utama dan perhatian dunia.
Kali ni admin nak share pasal sepasang couple yang sewa Burj Khalifa untuk ‘gender reveal party’ anak mereka. Korang tengok video @crowngaurav kat bawah ni.
https://twitter.com/crowngaurav/status/1304039159871537152
Dahsyat.. memang dahsyat. Menerusi caption video itu, pasangan berkenaan berbelanja 95,000 USD semata-mata untuk mengadakan parti tersebut.
Admin pun tak pasti memang dia betul-betul sewa ataupun sekadar gimik marketing pemilik menara tersebut. Tapi kalau betul, memang kaya betul weh!