Baru-baru ini, telefilem bertajuk ‘Ayat Dari Langit’ telah menjadi bualan ramai kerana cerita tersebut mengisahkan tentang ajaran yang terpesong dari tuntutan sebenar agama.
Selain itu, cerita tersebut turut mencipta kontroversi apabila ada sedutan babak yang membuatkan ramai orang tak boleh nak brain.
Scene cium kaki
Antara babak yang viral adalah apabila watak Ustazah Zaharah (lakonan Ellie Suriaty) mengucup kaki suaminya Ustaz Muiz (lakonan Adlin Aman Ramlie) untuk menunjukkan ketaatan.
https://twitter.com/IBCIG/status/1383433104849719296?s=20
Behind the scene
Terbaru pelakon utama telefilem tersebut, Adlin Aman Ramlie telah memuat naik posting terbaru di Instagram miliknya.
Rupa-rupanya, babak yang menjadi bualan ramai itu dilakukan secara real oleh aktres Ellie Suriaty itu sendiri.
Video yang dimuat naik semalam, sehingga kini telah meraih lebih dari 20k views.
https://www.instagram.com/p/CN1UfQUHXy_/
“Pengorbanan seorang pelakon”
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dengan babak tersebut kerana tidak menyangka bahawa aktres Ellie Suriaty itu sanggup melakukan aksi sebegitu.
Memang betul pengorbanan seorang pelakon lama, respect!