Semua sedia maklum, pempengaruh dan usahawan terkenal Khairul Aming antara yang dilihat ‘turun padang’ menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir yang berada di Kelantan.
Khairul Aming turut membentuk pasukan sukarelawannya untuk mengagihkan makanan, pakaian serta banyak lagi agar bantuan tersebut sampai ke tangan mangsa-mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS).
Artikel berkaitan: “Betapa baiknya orang kita” – Khairul Aming Dedah Sisi Positif Rakyat Malaysia, Ramai Salur Bantuan Untuk Mangsa Banjir
Artikel berkaitan: “Lepas banjir bayarlah” – Netizen Puji Sikap Khairul Aming & Bos Mydin, Bergabung Bantu Mangsa Banjir
Barang bantuan Khairul Aming tidak diagihkan dengan betul?
Pun begitu, tular satu dakwaan oleh seorang mangsa banjir di salah sebuah PPS yang terletak di Tumpat, meluahkan rasa kecewa apabila barang bantuan dari pempengaruh itu tidak diagihkan dengan betul.
Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok, mangsa banjir menyatakan pihak yang bertanggungjawab dalam mengendalikan barang bantuan tersebut telah menyalahgunakan amanah itu dengan membahagikan agihan secara tidak adil.
Katanya, barang bantuan tersebut sememangnya banyak namun mangsa-mangsa banjir di situ tidak mendapat barangan sepatutnya.
@user34417455075593 MEMANG TERUK KENA DUDUK PPS SK TUMPAT 1, BANYAK BARANG YANG SAMPAI TAPI YANG DIBAGI HANYA SEDIKIT SHJ. MEMANG TERUK KETUA KAMPUNG SINI (TOK NGULU LIE). SY TAK NAFIKAN MUSIM SEKARANG MEMANG TAK CUKUP BEKALAN MAKANAN TAPI BARANG2 MEMANG BANYAK SAMPAI TAPI YANG DIBAHAGI HANYA SEDIKIT SHJ. DIORANG SANGGUP ASINGKAN BARANG2 YANG SEPERTI DALAM VIDEO. PENGALAMAN SY SEBELUM INI DEKAT PPS BANJIR JIKALAU ADA BARANG YANG SAMPAI, LEPASTU PERLU DIAGIHKAN KAD PPS HARUS DITANDA BAHAWA BARANG TERSEBUT DAH DAPAT TETAPI DISINI KAD DITANDA TETAPI BARANG TAK DAPAT. SAYA DAH BERTANYA KEPADA TOK NGULU LIE TAPI DIA BERITAHU BANTUAN DARI KHAIRUL AMING NIE BAWAHAN DIA JADI SESUKA HATI DIA NAK BUAT MACAM MANA. #PPSSKTUMPAT1 #fyp #fypシ゚ #foryoupage #banjir2024 @Khairulaming
“Banyak barang yang sampai tapi yang dibagi hanya sedikit sahaja. Memang teruk ketua kampung sini.
“Saya tak nafikan musim sekarang memang tak cukup bekalan makanan tapi barang-barang memang banyak sampai tapi yang dibahagi hanya sedikit sahaja. Dorang sanggup asingkan barang-barang seperti dalam video.
“Saya dah bertanya kepada tok penghulu tapi dia beritahu bantuan dari Khairul Aming ni bawah dia jadi sesuka hati dia nak buat macam mana,” katanya.
Katanya, pengadu sudah cuba berunding dengan tok penghulu terbabit namun dimarahi pula kerana menyuarakan isu tersebut.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen berkongsi pengalaman serupa di PPS masing-masing. Ada yang mempertahankan tindakan tok penghulu itu mengasingkan semula barangan kerana mungkin tidak cukup untuk diagihkan kepada semua mangsa yang terlibat.
Jelas pengadu, dia menyuarakan isu ini kerana mahu menegakkan keadilan dan tidak mahu perkara sebegini berulang lagi.
Harap isu ini tidak berpanjangan dan dapat diselesaikan secara baik…
Sumber: TikTok