in

“Sampaikan pada mereka Ya Allah” – Farid Kamil Luah Rasa Rindu Pada Keluarga

farid kamil rindu keluarga 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kemelut rumah tangga pelakon terkenal tempatan Diana Danielle dan Farid Kamil masih lagi dalam perbicaraan.

Terbaru, Farid Kamil menerusi laman Instagram miliknya meluahkan rasa rindunya kepada isteri serta dua anaknya Muhammad dan Aurora dalam satu video pendek.


https://www.instagram.com/p/CqQPVGxNYM-/

Video tersebut memaparkan detik serta kenangan manis Farid bersama anak-anaknya ketika mereka sekeluarga mengerjakan ibadah umrah baru-baru ini.

“Rindunya pada mereka Ya Allah… sampaikan pada mereka ya Allah kerana aku tidak mampu,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Menjengah ke ruangan komen, ramai peminat yang mendoakan kedua-dua mereka dan berharap agar permasalahan mereka dapat diselesaikan dengan segera.

cats 66

Berita kemelut rumah tangga pasangan selebriti ini timbul sejurus Diana dilaporkan memfailkan permohonan cerai terhadap Farid pada awal bulan ini atas alasan tiada persefahaman dan berlaku shiqaq (perbalahan berpanjangan).

Permohonan cerai disebut di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari di Shah Alam, pagi Isnin. Pun begitu, Farid enggan melafazkan cerai terhadap Diana.

Sehubungan itu, Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan Farid dan Diana untuk menjalani proses Jawatankuasa Pendamai (JKP).

Sebagai info, Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada November 2012. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata, Muhammad dan Aurora.

Baca: “Sebagai suami saya tiada masalah” – Farid Kamil Enggan Lafaz Cerai

Farid Kamil Cerai

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.