in

“Sampai terpaksa buang air di tangga” – Tular Kes Halau Anak Tidur Di Koridor Flat, Ibu Bapa Ditahan Polis

ibu bapa halau anak tidur di koridor flat

Tular di Facebook seorang remaja lelaki berusia 13 tahun didakwa dibiarkan tidur di koridor hadapan rumahnya kerana dihalau ibu bapa.

Menerusi perkongsian di group komuniti kawasan terbabit, jiran memaklumkan remaja lelaki itu sudah beberapa hari tidak dibenarkan masuk ke dalam rumah.

Dalam aduan pengguna terbabit, dia memaklumkan kejadian itu bukanlah kali pertama dilakukan ibu bapa remaja itu.

Artikel berkaitan: “Maafkan mommy” – Ibu Menangis Lihat Lukisan Anak Sulung, Luah Rasa Terabai

Artikel berkaitan: “Kisahnya lagi sedih sebenarnya” – Bapa Tak Mengaku Anak, Remaja 18 Tahun Bantu Azankan Adik Sepupu Yang Baru Lahir

“Budak ni Tingkatan 1 diabaikan ibu bapa dia, tak dibenarkan masuk ke dalam rumah dah hampir 3, 4 hari tak balik.

“Ini bukan kali pertama dia kena halau macam ni, tapi dah selalu sangat sampaikan dia buang air besar pun di tangga sebab tak boleh masuk rumah.”

Walaupun dilakukan sedemikian, remaja tersebut tetap melakukan rutin sebagai pelajar sekolah. Katanya lagi, remaja terbabit diberikan makan oleh jiran tetangga kerana kasihan melihat remaja itu diabaikan ibu bapa sendiri.

Difahamkan, kejadian itu berlaku di rumah pangsapuri kos rendah di Pasir Gudang, Johor.

450454954 1708641493284749 761778576735072892 n

Ibu bapa remaja ditahan polis

Susulan tular hantaran tersebut, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd. Sohaimi Ishak mengesahkan ibu bapa remaja berkenaan yang berumur 54 dan 56 tahun telah ditahan polis.

Katanya gambar yang dimuat naik oleh pengendali akaun Facebook Group Komuniti Taman Air Biru mula dikesan semalam oleh pihak polis, seterusnya membawa kepada sisatan lanjut.

“Hasil siasatan awal mendapati remaja berkenaan telah diabaikan oleh ibu bapanya dengan dibiarkan tidur di kaki lima perumahan itu selama empat hari sejak Ahad lepas sehingga semalam (Rabu).

“Melalui semakan mendapati suspek lelaki mempunyai dua rekod jenayah lampau dan hasil ujian saringan air kencing kedua-dua suspek adalah negatif dadah,” katanya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, pasangan suami isteri berkenaan ditahan reman selama lima hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sumber: Astro Awani, Facebook