Saat kita semua seronok tidur waktu sejuk malam tadi, ada segelintir orang yang bertungkus lumus untuk nmenyelamatkan diri mereka. Itulah yang terjadi kepada penduduk-penduduk di Raub, Pahang malam tadi.
Umumnya, sejak dua hari lepas hujan turun tanpa henti telah menyebabkan beberapa kawasan di Pahang dan beberapa negeri dinaiki air banjir, menurut sumber ada yang sampai naik ke bumbung.
Cari tempat selamat di atas bumbung
Dalam video berdurasi 17 saat yang dikongsikan oleh Mohd Redzuan Abdul Manap di Twitter, dilihat beberapa individu mencari tempat selamat daripada hanyut, mereka duduk di atas bumbung sementara tunggu pasukan penyelamat datang.
Air dikatakan deras dengan cepat sehinggakan ada kawasan hampir ke paras bumbuung.
https://twitter.com/redzuanNewsMPB/status/1345874257272737792
Sebelum ini, Berita Harian ada melaporkan bahawa mangsa banjir di Pahang dan Terengganu semakin meningkat. Di Pahang, jumlah mangsa banjir terus meningkat kepada 3,979 orang daripada 1,223 keluarga, berbanding 3,273.
Kuantan mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 1,097 orang diikuti Jerantut (634 orang), Raub (597 orang), Maran (594 orang), Rompin (420 orang), Temerloh (306 orang), Lipis (183 orang), Bentong (95 orang) dan Pekan (53 orang).
Susulan itu, ramai netizen yang bersimpati apabila melihat situasi yang menimpa keluarga ini. masing-masing mendoakan agar mereka semua selamat.
Semoga mereka semua selamat dan urusan dipermudahkan. Aminn