Terngiang-ngiang lagi kat telinga min bunyi mercun masa malam Sambutan Tahun Baru Cina baru-baru ni… Meriah betul!
Sambutan Tahun Baru Cina kali ini boleh dikatakan meriah kerana ramai dapat berkumpul bersama keluarga. Tak ketinggalan dengan kemeriahan itu, pelawak tanah air, Johan juga sempat meluangkan masa bersama keluarga besarnya.
Ramai sedia maklum bahawa Johan mempunyai darah keturunan Cina dari sebelah bapanya. Namun, apa yang mencuri perhatian warganet adalah perkongsian Instagram dari isteri Johan iaitu Ozlynn atau nama sebenarnya Ozlynn Wati menerusi akaunnya @jozlynnhanania.
https://www.instagram.com/p/CZfJdGvBAtF/?utm_medium=copy_link
“Mahal! Sesuatu yang tak boleh kau beli”
Posting yang dikongsikan oleh Ozlynn memaparkan kedua-dua anak perempuannya iaitu Chantiq dan Moleiq sedang menunaikan solat di sebuah bilik di rumah pakcik Johan. Difahamkan bilik tersebut disediakan untuk memudahkan urusan ibadah mereka.
“Beraya rumah paklong (popo punya abg ipar) bg bilik utk kami tumpang solat.. masing2 menghormati agama memasing..”
Dalam sambungan video yang sama, kelihatan juga bapa mertua Ozlynn sedang sembahyang di bahagian ruang tamu rumah mereka. Perkongsian tersebut telah mendapat reaksi positif dari pengguna Instagram yang lain.
Bukan itu sahaja, rata-rata memuji sikap Johan dan Ozlynn yang disifatkan bijak dalam mendidik anak-anak mereka. Malah, ada yang mengatakan bahawa mereka gembira melihat keluarga bahagia pasangan selebriti itu.
Seronok berkumpul ramai-ramai kan? Min pun haritu sempat juga beraya rumah kawan-kawan Chinese! Siap join makan besar lagi hehehe…
Baca: “Hayonaseyo!”- [VIDEO] Nenek Selalu Layan K-Drama, Cucu Minta Nasi Goreng Cina Bunyi Korea!