Isteri kepada penyanyi rap, Caprice iaitu Farra Inalis baru-baru ini mendedahkan wajah netizen di media sosial gara-gara dirinya diberi gelaran yang kurang enak oleh lelaki berkenaan.
Menerusi hantaran yang dibuat oleh Farra di Insta Stories, dia memuatnaik tangkap layar komen yang dilempar oleh lelaki berkenaan yang mempersoalkan pemakaiannya yang tidak mengenakan hijab dan menyamakan dirinya seolah-oleh seorang pelacur Vietnam.
Menurut komen tersebut, kononnya cara pemakaian Farra mencemarkan imej islam dengan tidak memakai tudung, rambut yang diwarnakan dan juga pakaian yang tidak cukup kain.
“Mencemarkan imej Islam? Habis tu yang tak pakai tudung? Warna lak rambut? Posing sana sini pakai baju tak cukup kain? Apa lak tu? Set set dah macam p*lac*r Vietnam lak.
Menaikkan imej Islam ke? Benda tak payah cakap tudung atau tidak. Tu soal dia punya perangai. Tudung tu sah sah benda wajib jaga”
Selain memuat naik pertuturan kurang enak netizen tersebut, dalam masa yang sama Farra juga menyatakan bahawa pihak suaminya iaitu Caprice juga sedang mencari lelaki yang digelar ‘doraemon’ berkenaan.
“Siapa hang panggil macam set-set p*lac*r bang?”
Menerusi Insta Stories yang dimuat naik oleh Caprice, dipercayai lelaki berkenaan berada di sekitar Sungai Buloh atau Rawang dan meminta siapa-siapa yang mengenali pelaku untuk meminta dia menghubungi Caprice.
Untuk rekod, Caprice telah mendirikan rumahtangga bersama Farra Inalis pada November 2021. Farra juga mempunyai seorang cahaya mata perempuan berusia 9 tahun, hasil perkahwinannya terdahulu.
Netizen ni pun kekadang mengundang~
Baca : “Ahh ingatkan homeless” – Caprice Sindir Mondy, Buat Live TikTok Dengan Ibu Bapa Di Indonesia?