Temu Anwar, sebuah program dialog anak muda bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berlangsung buat julung kali di luar negara dalam rangka lawatan PMX ke Indonesia bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-43 yang sedang berlangsung dari 5 hingga 7 September nanti.
Menurut laporan, program tersebut mendapat sambutan ratusan hadirin khususnya anak muda, mahasiswa dan juga selebriti-selebriti tempatan yang tidak melepaskan peluang untuk menanyakan pelbagai soalan kepada PMX.
Artikel berkaitan : Guru Sebak Bila PMX Tunaikan Hasrat Tubuhkan Sekolah Pendidikan Khas Di Johor Bahru
Program yang berlangsung di Hotel Redtop & Convention, Jakarta itu dikendalikan oleh penyanyi Dewa 19, Ahmad Dhani bersama Raffi Ahmad dan isterinya Nagita Slavina.
Tidak mahu melepaskan peluang, Ahmad Dhani juga sempat memuat naik foto di Instagramnya bersama DSAI dan ia menjadi bualan pengikut vokalis Dewa 19 berkenaan gara-gara kapsyen yang digunakan.
“Sama-sama pernah dipenjara”
View this post on Instagram
Walaupun ringkas kapsyen yang digunakan, namun ia memberikan maksud yang mendalam kerana Ahmad Dhani juga sebelum ini pernah dipenjarakan selama 18 bulan gara-gara mengeluarkan kenyataan dan dituduh sengaja menyebarkan kebencian di media sosialnya yang ketika itu ditujukan kepada salah seorang pemimpin politik di republik berkenaan iaitu Ahok.
Menerusi ruangan komen, ramai juga yang tidak menyangka kapsyen tersebut yang akan digunakan vokalis kumpulan Dewa 19 berkenaan dan tidak kurang juga ada yang menyamakan kisah Ahmad Dhani dan juga DSAI yang mengatakan kedua-dua individu tersebut telah dipenjarakan kerana politik.
Dalam pada itu, ada juga beberapa komen yang mengatakan mereka ini adalah ‘pejuang’ dalam bidang masing-masing dan kedua-duanya masih meneruskan perjuangan serta mendapat sokongan isteri yang tidak berbelah bahagi.
Sumber : Instagram | Ahmad Dhani