in

“Salah timing bang” – Dua Lelaki Cuba Merompak Di Klinik Gigi, Rupa-Rupanya Pesakit Pegawai Polis

page 18

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, tular di laman Twitter berkenaan dua orang lelaki yang cuba merompak sebuah klinik pergigian di Brazil. Klip berdurasi lebih dari seminit itu dikongsi oleh pengguna MyWatch.

Menariknya, usaha perompak itu dipatahkan serta merta oleh seorang pesakit yang sedang dirawat oleh doktor di klinik tersebut.


https://twitter.com/My_CrimeWatch/status/1462419130397515776?t=9QAFwASIskW9N-AEFePg5A&s=19

Malang tak mengenal bau, lelaki yang berbaring di katil klinik itu rupa-rupanya seorang anggota polis yang sudah berkhidmat lebih 25 tahun. Dia dikatakan tidak bertugas pada hari itu, namun keadaan memaksanya untuk ‘mengajar’ perompak-perompak tersebut.

Melalui rakaman CCTV itu, pegawai polis tersebut dilihat memberi kerjasama pada awalnya dengan berbaring di lantai seperti yang diminta oleh salah seorang perompak.

Walau bagaimanapun, dia bertindak untuk bergelut dengan perompak bersenjatakan pisau itu apabila dihampiri. Dilaporkan perompak tersebut bertindak begitu kerana ingin merampas pistol dari pegawai polis itu, namun dijatuhkan ke lantai terlebih dahulu dan menyerah selepas diacu pistol.

2 9

Kemudian datang pula seorang lagi perompak menyerang di hadapan pintu bilik rawatan tersebut, namun pegawai polis tersebut lebih lincah bertindak menjatuhkannya. Dah macam filem aksi!

Memetik laporan dari Daily Mail, dua orang perompak itu tiba di klinik pergigian tersebut dan duduk di ruang menunggu. Mereka kemudiannya bertindak mengeluarkan pisau dan memaksa seorang pekerja dan pesakit yang menunggu untuk masuk ke bilik lain.

Selepas itu, mereka menceroboh masuk ke dalam bilik rawatan di mana pegawai polis itu berada.

Orang tengah sakit gigi kat dalam tu, korang pergi buat hal. Kan dah kena!

Sumber: Twitter dan Dailymail

Baca: “Macam Ip Man!” – Professor Guna Kung Fu, Pertahankan Diri Dari Dirompak Penyamun Bersenjata

1 7 1

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.