in

Saintis Rusia Cuba ‘Hidupkan’ Semula Virus Berusia 400,000 Tahun, Cetus Kebimbangan Pandemik

Virus

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tindakan sekumpulan saintis Rusia yang cuba ‘menghidupkan’ semula sejenis virus purba telah mencetuskan kebimbangan kemungkinan berlakunya satu lagi pandemik.

Memetik laporan Daily Star, pasukan di Pusat Penyelidikan Vektor di bandar Novosibirsk, Siberia sedang mengenal pasti dan menghidupkan semula virus prasejarah yang telah tidak aktif selama hampir setengah juta tahun.


April Pethybridge Jmagge6Mdea Unsplash

Para saintis di Pusat Penyelidikan Virologi Vektor telah memeriksa bangkai haiwan zaman ais yang diawet seperti mammoth dan wooly rhinoceroses, bertujuan untuk mengekstrak dan mengkaji jangkitan yang menyebabkan kematian haiwan prasejarah tersebut.

Namun, pakar-pakar memaklumkan kajian tersebut sangat berisiko kerana virus yang membunuh haiwan-haiwan prasejarah itu juga boleh menjangkiti manusia.

Profesor Jean-Michel Claverie dari Pusat Penyelidikan Saintifik Kebangsaan di Universiti Aix-Marseille berkata bahawa penyelidikan vektor sangat berisiko.

“Sistem imun kita tidak pernah menemui jenis virus ini. Sebahagian daripada virus tersebut berumur 200,000 atau bahkan 400,000 tahun.”

Pada September 2019, letupan gas telah berlaku di makmal yang mana penyakit yang sangat berbahaya termasuk wabak Bubonik, Antraks dan Ebola disimpan. Tragedi itu telah menyebabkan seorang pekerja makmal mengalami kecederaan parah.

Selain itu, satu lagi kesilapan di makmal pada tahun 2004 menyebabkan kematian seorang pekerja selepas tidak sengaja menyuntik virus Ebola ke dalam badannya.

Makmal tersebut dikenali sebagai salah satu tempat yang menyimpan virus cacar yang telah dimatikan.

Cdc Hu2Ypu0Vfq8 Unsplash

Walaupun mereka menegaskan kajian dilakukan dengan selamat, namun disebabkan komunikasi antara saintis Barat dan pasukan Rusia semakin berkurangan sejak berlakunya peperangan Rusia dan Ukraine, ramai berasa bimbang tentang potensi risiko yang diberikan kepada kesihatan awam.

Filippa Lentzos, seorang pakar biosekuriti di King’s College London telah memberi amaran bahawa makmal yang paling selamat pun tidak terkecuali daripada perlanggaran undang-undang.

“Walaupun dengan amalan yang umumnya selamat, kemalangan masih boleh berlaku.” katanya.

Pada tahun 2016, seorang kanak-kanak meninggal dunia dan berpuluh-puluh orang lagi dimasukkan ke hospital selepas berlakunya wabak antraks yang disebabkan oleh bakteria bacillus antracis di Siberia.

Mereka percaya bahawa jangkitan itu disebabkan oleh gelombang haba yang mencairkan permafros dan sekitar 2,300 bangkai rusa kutub yang telah dijangkiti antraks beberapa dekad lalu.

Baca: Pakar Ramal Perubahan Iklim Di Artik Bakal ‘Bebaskan’ Virus Purba & Cetus Pandemik Baru?

Ft Lautan Artik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.