in

“Saiko betul” – Rita Rudaini Selar Podcast Kisah Budak Asrama, Bangga Cerita Letak Racun Dalam Makanan

rita rudaini racun tikus

Isu keracunan makanan sememangnya tak boleh dipandang enteng kerana bukan sahaja memudaratkan kesihatan, malah lebih serius mampu meragut nyawa.

Mengambil contoh seperti kejadian yang berlaku baru-baru ini iaitu berita kematian dua orang kanak-kanak akibat termakan keropok beracun yang didakwa mengandungi racun tikus.

Walaupun kita diberitahu betapa bahayanya racun dalam makanan, tapi ada segelintir pihak yang bersikap tidak acuh sehingga sengaja dibuat ‘main’.

Artikel berkaitan: Penyiasat KKM Temui Peket Racun Tikus Yang Diletakkan Dalam Keropok Dimakan 2 Beradik

Artikel berkaitan: “Meremang bulu roma saat kami bersua muka” – Rita Rudaini Teruja Bawa Anak Jumpa Tun M

Hal itu didedahkan oleh seorang wanita yang berkongsi kisah sebagai bekas ketua dewan makan di sebuah sekolah asrama pernah melakukan perbuatan keji dengan meletakkan racun tikus dalam botol kicap sehingga menyebabkan pelajar keracunan makanan.

Rita selar podcast budak asrama

Melihat podcast itu, pelakon Rita Rudaini menyelar tindakan penyiar podcast terbabit kerana seolah-olah tidak sensitif dan berpendapat ia tak sepatutnya dijadikan bahan untuk tontonan umum terutamanya kepada generasi pada masa kini.

“Dengan rasa bangga bercerita. Kali kedua buat pulak tu. Yang interview pun tak rasa ke tak perlu kot interview macam cerita tu kelakar pulak.

“Podcast macam ni akan ditonton oleh pelajar yang pendek akal macam perempuan ni dan apa jadi? Psiko betul. Seronok, gelak-gelak cerita.

“Untuk bagi pengajaran dekat orang tapi interview ni jadi macam tak sensitif. Racun tikus kot bukan madu nak gelak-gelak. Kenapa dengan orang sekarang ya?”

IMG 0358

Dalam pada itu, Rita menitipkan pesanan kepada umum terutama golongan muda supaya memilih isu yang lebih bermanfaat dan berilmu kepada penonton.

“Untuk adik-adik yang baru nak up yang teringin nak buat podcast, interview apa sahaja isu-isu, tolonglah berilmu.”

Dalam pada itu, ibu tunggal kepada dua orang anak ini juga kurang gemar dengan penggunaan bahasa anak-anak muda yang dilihat kasar.

“Yang tengoknya budak-budak. Santai, santai lah juga tapi biar santai nampak berilmu dan bagi impak yang bagus untuk anak-anak muda dan orang tua.”

IMG 0359

Betul tu, tolonglah buat content yang bermanfaat…

Sumber: Instagram