in

Rumah Mesra Rakyat Bakal Dibina Bagi Ringankan Beban Mangsa Banjir

rumah mesra rakyat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kementerian Kewangan, melalui Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) akan mempertimbangkan agar kelulusan diberikan bagi membina Rumah Mesra Rakyat (RMR) untuk mangsa banjir di seluruh negara.

Perkara tersebut disampaikan oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan ketika menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir yang terlibat dengan musibah berkenaan di Terengganu tempoh hari.


Tambahnya, mangsa yang rumah mereka mengalami kerosakan sepenuhnya akibat bencana alam baru-baru ini boleh memohon rumah di bawah SPNB.

19702649 1963740103863465 336767566866191897 o

Sementara itu, pihaknya juga dalam proses mendapatkan data terperinci dengan SPNB tentang keperluan bantuan untuk rumah mangsa banjir yang musnah sama sekali yang boleh dibantu oleh SPNB.

Katanya lagi, seperti tahun-tahun sebelum ini, mangsa banjir yang rumah mereka rosak sepenuhnya akibat banjir di Kampung La memohon RMR  atas usaha pemimpin setempat.

Selain itu, pembinaan Rumah Mesra Rakyat di atas tanah sendiri tersebut merupakan satu kaedah untuk membantu  mangsa banjir di negara ini walaupun akan ada bayaran bulanan yang dikenakan.

“Ia tidak percuma tetapi kaedah bayaran yang dikenakan tidak terlalu tinggi dan mampu milik”

Tambah Ahmad Maslan lagi, pembinaan RMR tersebut akan menerima jumlah subsidi yang tinggi selain ianya dibina oleh kontraktor tempatan.

319216965 727095322083635 6856706079822842763 n

Beliau menjelaskan bahawa permohonan yang ditawarkan ini hanyalah pilihan kerana pihaknya juga mengalu-alukan bantuan rumah daripada pihak lain seperti baitulmal dan sebagainya.

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, 11 buah rumah di Kampung La musnah 100 peratus selepas dihanyutkan air banjir yang deras manakala sebuah lagi mengalami kerosakan teruk dan terpaksa dibaiki sebelum boleh didiami.

Baca : “Tak ada rumah dah” – Mangsa Banjir Terengganu Rayu Kerajaan Buka Penempatan Baru

banjir terengganu 2022

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.