in

Rumah Kampung Ini Kerap Muncul Dalam Iklan Raya, Ini Sebab Ia Jadi Pilihan Produksi…

Rumah Sama Iklan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sambutan Aidilfitri tidak akan lengkap tanpa iklan raya yang menyentuh jiwa atau mencuit hati dalam membangkitkan semangat kedatangan Syawal.

Sebagai penonton, setiap tahun kita juga akan menyenaraikan beberapa iklan raya yang berjaya menyentuh hati.


Kebanyakan iklan raya akan menumpukan suasana di kampung kerana ia merupakan salah satu identiti masyarakat Melayu. Tapi, korang perasan tak banyak iklan raya menggunakan rumah kampung yang sama?

Seorang pengguna Twitter, memuat naik ciapan mendakwa bahawa beberapa iklan raya pada tahun ini menggunakan rumah kampung yang sama. Ciapan tersebut telah menarik perhatian ramai yang turut menyedari perkara sama.

Kenapa ramai produksi guna rumah kampung yang sama?

Melihat banyak iklan memaparkan rumah kampung, ia membuatkan kita turut berbangga kerana rumah Melayu tradisional tidak dipinggirkan walaupun zaman sudah berubah.

Pengasas jenama pakaian Bulan Bintang, Azzim Zahid Azmi telah berkongsi beberapa sebab yang menjadikan rumah kampung terbabit menjadi pilihan ramai produksi.

Menurut Azzim, rumah tersebut memiliki ciri-ciri rumah kampung Melayu dan dijaga dengan sangat baik. Malah, rumah ini sangat mengikuti ciri-ciri rumah produksi yang sesuai untuk digunakan sebagai lokasi penggambaran.

Tambahnya, lokasi rumah terbabit amat strategik yang mana tidak jauh daripada pusat bandar. Katanya, kos logistik amat dititik berat kerana banyak lori yang diperlukan untuk mengangkut segala barang kelengkapan produksi.

Lokasi yang strategik juga memudahkan klien, kru dan selebriti. Kebiasaannya satu iklan raya akan mengambil masa sehingga dua hingga tiga hari. Difahamkan, pemilik rumah akan mendapat antara RM4 ribu hingga RM7 ribu sehari!

Selain itu, rumah yang terletak di Kampung Endah, Banting, Selangor ini mempunyai halaman yang luas sekali gus memudahkan kru untuk melakukan penggambaran dengan bebas.

Ujarnya, pemilik rumah merupakan seorang yang sangat ramah. Justeru, ramai produksi memilih rumah terbabit untuk dijadikan lokasi penggambaran.

Yang penting, rumahnya kembali kepada keadaan asal selepas selesai penggambaran. Bukan itu sahaja, rumah-rumah lain di lorong yang sama juga menjadi pilihan pihak produksi.

Bagusnya, pemilik-pemilik rumah di sini masih mengekalkan ciri-ciri Melayu tradisional!

Baca: Ini 6 Iklan Raya Tahun 2023 Korang Kena Tengok, Best Giler!
Feat 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.