Cerita-cerita misteri ini agak subjektif, ada yang percaya ada yang tak. Bahkan ada juga cerita disebalik terjadinya kejadian misteri ini.
Pasti korang semua dah familiar dengan cerita seram Villa Nabilla, Kellie’s Castle, rumah banglo kayangan seksyen 12, rumah Mona Fandey semua tu kan? Kali ni, ada lagi kisah terbaru iaitu Rumah Dinding Kongkrit.
Kurang pasti lokasi, tapi difahamkan, rumah misteri itu pernah ‘mengganggu’ penduduk setempat. Ada kisah disebalik misteri tersebut, baca thread daripada pemuda ini
.
Jauh dari kejiranan, terletak di hujung kawasan perumahan
Kisah Rumah Dinding Konkrit.
Ni suasana waktu senja. Korang nak tahu kisah pasal rumah ‘dinding konkrit’ ni tak ?? ??♂️p/s : kang aku post video kitaorang pergi waktu malam? pic.twitter.com/pVEuu98e4m
— ásh (@haizlakhmal) February 27, 2019
Ni jalan masuk ke rumah tu, act rumah ni terletak di hujung kawasan perumahan banglo terdapat satu taman permainan yang ditinggalkan, lagi satu jalan masuk pun di tutup dengan pokok rimbun and dahan pokok mati… pic.twitter.com/bTfg54rmpA
— ásh (@haizlakhmal) February 27, 2019
Menurut sumber, rumah banglo ini terletak di kawasan perumahan mewah, kelilingnya agak sunyi. Rumah terbiar ini pernah dibeli oleh orang lain, namun tidak didiami kerana sering ternampak lembaga dan dibiarkan kosong sahaja.
Dalam pada itu, rumah yang dibiarkan kosong itu ada keluarga menetap dirumah tersebut. Pernah berlaku satu kisah tragis yang memberikan ‘impak’ sehingga kini.
Semua orang di banglo tersebut dibunuh
Sejak dari situ, ramai penduduk pernah ternampak kelibat mayat tergantung pada waktu malam apabila melalui kawasan tersebut.
Tambahnya lagi kejadian bunuh membunuh itu berlaku dari orang dalam rumah itu sendiri. Pemilik rumah tersebut telah membunuh ahli keluarganya.
Owner rumah tersebut dikatakan mempunyai masalah gangguan mental / gila…bunuh isteri, anak-anak, jururawat peribadi sebelum gantung diri
Sebab itulah ramai penduduk selalu ternampak kelibat mayat tergantung dari tingkap. Malah mereka juga rasa seolah-olah mereka sedang diperhatikan.
Disebabkan begitu, penduduk berpakat untuk simen tingkap dan pintu rumah tersebut agar tidak mengganggu pemandangan mereka.
Penduduk seringkali ternampak seakan-akan orang tergantung di ruang tamu rumah tersebut
Tertarik dengan cerita daripada orang terdekat, pemuda ini tekad untuk explore dalaman rumah tersebut pada waktu malam bersama rakan-rakannya.
Suasana dalam rumah pada waktu malam
See, perumahan mewah, tapi bila nak masuk je kawasan banglo konkrit tu, takde lampu langsng walaupun ada playground kat situ, gelapkan.? pic.twitter.com/dxUpJrlIr2
— ásh (@haizlakhmal) February 27, 2019
Nah, ni view waktu malam. pic.twitter.com/vaevvTPAOv
— ásh (@haizlakhmal) February 27, 2019
Dalam keadaan rumah tersebut teramat gelap sebab tingkap dan pintu telah disimen, tapi kata mereka ada satu pintu yang tak berkunci, cuma mereka enggan masuk. Malah keliling rumah dipenuhi dengan semak samun tinggi.
view dalam rumah,memang nampak semua tingkap n pintu bersimen, terdapat satu pintu hadapan tak berkunci tapi tak tergerak hati untuk masuk, nak keliling rumah susah sebb bnyak semak.
p/s kitaorang sedar pintu tu tak berkunci lepas dah sampai rumah, baru trtanya kenapa tak masuk. pic.twitter.com/RA7TKBQaGi
— ásh (@haizlakhmal) February 27, 2019
Kita semua percaya bahawa di dunia ini, selain manusia wujud juga penghuni ‘dari alam lain’. Jadi tak mustahil lah kalau kita ternampak kelibat-kelibat pelik secara tiba-tiba. Alahai kering betul hati kau dik
Baca : Banglo Berhantu Villa Nabila di Johor Bahru Kini Dijadikan Tempat Perlindungan Anjing Terbiar