in

Ruang Rama Buka Tirai dengan Bufet Iftar – Siap Boleh Menang Pakej Umrah!

collage 13

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ada tempat baru untuk korang berbuka puasa tahun ni! Ruang Rama, lokasi acara terbaharu di Petaling Jaya, buat pelancaran gempak dengan menganjurkan Bufet Iftar yang penuh dengan hidangan tradisional dan hiburan menarik.

Yang lagi best, bufet ni tak main-main – kumpulan nasyid legenda, Rabbani, bukan je mengalunkan lagu-lagu merdu, tapi dorang akan buat persembahan sepanjang bulan Ramadan dekat sini tau! Menurut Azadan bin Abd Aziz, pengurus dan anggota Rabbani, dorang memang sangat teruja dapat berkongsi mesej Ramadan melalui muzik dan suasana harmoni ni.


RRI 18

“Kami sangat teruja nak hiburkan para tetamu dan mulakan perjalanan baru bersama Ruang Rama.”

Malam pelancaran jadi makin meriah bila Dato’ Aishah turut turun padang untuk membuat persembahan khas. Dengan vokal mantap dan aura legenda, tak hairanlah tetamu semua terpukau! Bukan tu je, ada juga persembahan gamelan tradisional yang menambahkan vibe klasik dan eksklusif untuk malam istimewa ni.

Majlis ni bukan calang-calang sebab ramai nama besar dalam industri hiburan turut memeriahkan suasana. Antara yang hadir ialah Dato’ Amy Search, Dato’ Acis, ahli Popshuvit dan Bunkface, serta lebih 400 tetamu lain yang sama-sama menikmati suasana di Ruang Rama ini.

Nak Menang Pakej Umrah Percuma? Datang Je Bufet Ni!

RRI 19

Menambahkan lagi keterujaan, Ruang Rama turut mengumumkan cabutan bertuah eksklusif yang ditaja oleh Mahabbah, sebuah agensi pelancongan ibadah. Semua pengunjung Bufet Iftar dari 4 hingga 26 Mac 2025 berpeluang memenangi hadiah menarik, termasuk pakej Umrah percuma dan percutian pelayaran Star Cruise. Tawaran istimewa ini menjadikan Bufet Iftar di Ruang Rama lebih dinanti-nantikan!

Harga Bufet Pun Berbaloi Habis!

Bufet Iftar 2025 di Ruang Rama Event Space PJ, Wisma Daju 5, menawarkan pelbagai hidangan klasik Malaysia serta menu pilihan di beberapa gerai masakan. Promosi bufet berlangsung dari 4 Mac hingga 26 Mac 2025 dengan harga:
RM89/pax (dewasa)
RM70/pax (kanak-kanak)

Tawaran Early Bird tersedia dari 12 Februari hingga 25 Februari 2025:
RM79/pax (dewasa)
RM60/pax (kanak-kanak)

(Harga tidak termasuk SST 8%)

Tertakluk kepada terma dan syarat.
Dapatkan tiket anda di www.ruangrama.com.

Ruang Rama – Destinasi Baru Untuk Semua Jenis Majlis

Bukan sekadar tempat berbuka, Ruang Rama juga lengkap dengan sistem bunyi mantap, pentas luas, dan dekorasi eksklusif. Dengan kapasiti 400 hingga 600 tetamu, lokasi ini memang sesuai untuk majlis kahwin, perayaan, dan acara korporat.

Untuk tempoh terhad, Ruang Rama menawarkan pakej promosi eksklusif bermula dari RM12,999+, termasuk sistem AV, dekorasi, kamera MCP, meja & kerusi, serta pelamin.

Untuk maklumat lanjut atau tempahan, layari www.ruangrama.com atau hubungi +6012-230 5783.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.