in

Rosmah Dilepas & Dibebaskan Dari 12 Pertuduhan Ubah Wang Haram, LHDN

Syaz Ft 2024 12 19T104942.420

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Isteri kepada bekas Perdana Menteri Malaysia, Datin Seri Rosmah Mansor dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi hari ini atas 12 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan RM7.09 juta.

Ia juga termasuk lima kesalahan lain iaitu gagal mengisytiharkan pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).


Artikel berkaitan: “Saya harapkan yang terbaik buat Datuk Seri” – Datin Seri Rosmah Hadir Bagi Sokongan Moral Buat Suami

Artikel berkaitan: Pelajar Genius 12 Tahun Masuk UM, Rosmah Bangga Projek Permata Pintarnya Berjaya

Menurut laporan Kosmo!, Hakim K. Muniandy memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan Rosmah untuk membatalkan kesemua 17 pertuduhan itu.

Sebelum ini, pasukan pembelaan menghujahkan, pertuduhan pengubahan wang haram yang dihadapi Rosmah adalah cacat dan mengelirukan kerana tidak mendedahkan siri transaksi atau pergerakan wang ke dalam akaun beliau.

Dalam pada itu, pihak pembelaan turut memaklumkan pertuduhan-pertuduhan juga kabur kerana tidak menyatakan apa aktiviti haram atau kesalahan predikat daripada mana hasil dikatakan telah diperoleh.

Whatsapp Image 2024 12 19 At 09.58.11 E1734574003841

Rosmah dibicarakan atas 12 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM7,097,750 juta dan lima tuduhan gagal mengisytiharkan pendapatannya kepada LHDN antara 2013 dan 2018.

Bagi pertuduhan pengubahan wang haram, Rosmah didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) AMLATFPUAA 2001 yang boleh dihukum menurut Seksyen 4(1) akta sama.

Bagi pertuduhan berkaitan LHDN, Rosmah didakwa gagal mengemukakan penyata pendapatan bagi tahun taksiran 2013 hingga 2017 kepada Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri pada atau sebelum 30 April 2014, 2015, 2016, 2017 dan 2018.

Rosmah didakwa gagal melakukannya seperti mana yang diperuntukkan oleh Seksyen 77(1) Akta Cukai Pendapatan 1967 dengan tiada sebab munasabah yang bertentangan dengan Seksyen 112 akta sama.

Sumber: Kosmo!

Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.