Pernah tengok filem P. Ramlee, Keluarga 69? Haa kalau korang pernah tengok, korang mesti tahu macam mana huru haranya bila kahwin tanpa usul periksa. Si anak kahwin dengan emak kepada ibu tirinya. Si bapa pulak pergi kahwin dengan anak kepada menantunya. Haih admin pun peninglah nak cerita…
Rupa-rupanya kisah dalam filem P Ramlee ini wujud juga in real life seperti apa yang dikongsikan personaliti TV3, Fedtri Yahya.
Menerusi perkongsiannya di Twitter, seorang wanita telah menceritakan masalah yang dialaminya berkenaan nasab keturunannya yang bercelaru dan bimbang sumbang mahram telah berlaku.
Jelas tak? pic.twitter.com/e1aXpiLt8t
— Fedtri Yahya (@fedtriyahya) June 24, 2021
Menurut wanita itu, bapanya telah menikahi neneknya yang mempunyai anak tiri. Kemudian bapanya pula telah menikahi anak tirinya sendiri iaitu ibu kandungnya sekarang. Haa pening kan? Admin ikut sama pening ni.
Tambah Fedtri lagi, bapanya telah berkahwin dengan anak tiri sendiri (ibu kandungnya) dan mempunyai dua orang anak. Beza umur mereka juga 30 tahun.
Ok. Update: Ayah dia kan kahwin dengan anak tiri. Jadi beza umur 30 tahun. Kahwin dapat dua anak. ?
— Fedtri Yahya (@fedtriyahya) June 24, 2021
“Boleh tolong lukis tak? Tak faham”
Rata-rata netizen yang membaca perkongsian tersebut mencuba sedaya upaya memahami hubungan wanita terbabit dan bapanya.
Ramai yang salah faham dan ramai juga yang cuba menerangkan. Konklusinya, bapa wanita itu adalah datuknya juga dalam situasi ini.
“Kahwin dengan anak tiri selepas isteri meninggal hukumnya haram”
Pun begitu beberapa netizen yang arif mengenai isu keturunan serta perkahwinan dalam Islam ini menjelaskan bahawa perkahwinan antara bapa wanita itu dengan ibunya sebenarnya haram kerana bapa tiri tidak boleh berkahwin dengan anak tiri jika dia telah ‘mencampuri’ isterinya.
Namun menurut tanyaustaz.net, bapa tiri boleh mengahwini anak tirinya jika dia tidak bercampur atau bersetubuh dengan isterinya hanya dengan dia menceraikan isterinya dahulu. Perkara ini juga dinyatakan dalam Surah An-Nisa ayat 23.
Apa-apapun sebaiknya wanita ini merujuk kesnya kepada pejabat agama supaya mereka boleh memberi solusi terbaik kepada permasalahannya.
Baca: “Anak pun lebih seratus orang” – Gila! Lelaki Tua Kahwin Buat Kali Ke-37 Depan 28 Orang Isterinya