in

“RM800K ja” – Tular Banglo Mewah Dikatakan Milik MB Kedah Bernilai RM7.8 Juta, Budin Kongsi Cerita Sebenar

Banglo Budin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, tular sebuah isu berkaitan sebuah banglo mewah yang dikatakan milik Menteri Besar (MB) Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang didakwa bernilai RM 7.8 juta.

Pun begitu, terbaru menerusi laporan China Press, abang kepada Muhammad Sanusi, Shabudin berkata rumah tersebut merupakan miliknya dan dia telah menepis dakwaan yang rumah tersebut bernilai sedemikian.


Sebuah video memaparkan beberapa orang wartawan berkunjung ke rumah banglo yang terletak di Sik, Kedah itu dan bertanyakan kepada tuan rumah itu sendiri yang juga abang kepada MB Kedah itu.

 “Kalau ada nak beli harga RM 7.8 juta, saya nak jual,” katanya berseloroh.

Shabudin berkata kos rumah tersebut kira-kira RM800K, tetapi selepas beberapa pembaikan dan  juga pemulihan, kosnya hanyalah antara RM1 juta ke 2 juta.

Dalam video yang lain, Shabudin berkongsi bahawa rumahnya dibeli daripada syarikat pemetaan secara online dan kira-kira 4 orang di China menempah reka bentuk yang sama.

Sebagai info, Shabudin merupakan seorang jurutera penyelam laut dalam yang bekerja offshore sejak beberapa tahun dulu.

Baca: Kecoh Rumah Banglo Mewah Di Sik Dikatakan Milik MB Kedah, Bila Disiasat Rupanya...

Sanusi Perjelas Isu Rumah Banglo Sik Kedah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.