Sebelum ini pernah tular di media sosial yang mana supermodel antarabangsa, Naomi Campbell memperagakan busana sentuhan daripada pereka terkenal tanah air, Rizman Ruzaini pada acara Dubai Fashion Week, Oktober tahun lalu.
Terbaharu, menerusi podcast yang dihoskan oleh Asyraf Khalid, perekanya, Rizman Nordin mendedahkan bahawa mereka telah berhabis modal sebanyak RM3 juta demi mencapai impian untuk ikon fesyen itu menggayakan rekaan mereka.
It’s TRUE!
Supermodel Naomi Campbell closes Dubai Fashion Week for Rizman Ruzaini in a stunning all-black look.
The legendary model turned showstopper for the Malaysian designers, who were the grand finale showcase this season.
🇲🇾👏🏻👏🏻👏🏻🇲🇾 https://t.co/fdiORMKeoj pic.twitter.com/XsCeV9mmeN
— 🍉Arif E.🍉 (@arfdy12) October 16, 2023
Artikel berkaitan: Model Tersohor, Naomi Campbell Peragakan Busana Rizman Ruzaini Untuk Dubai Fashion Week
Hampir batalkan kerjasama dengan Naomi
Berkongsi momen mengenai perkara tersebut, Rizman mengatakan pada awalnya perancangan untuk mendapatkan khidmat model tersebut berdepan jalan buntu.
“Awalnya ramai yang tidak bersetuju untuk menggunakan khidmat Naomi kerana bayaran terlalu mahal.
“Dalam perbincangan pada bulan Jun tahun lalu, dia tidak memberi maklum balas. Kemudian pada bulan 8 akhirnya perkara itu dapat direalisasikan,” katanya.
Menurut Rizman, Naomi bersetuju untuk memperagakan busana rekaan mereka selepas melihat baju tersebut.
Setelah itu, berlakulah proses rundingan harga antara pengurus model terbabit dengan pasukan Rizman Ruzaini.
Bagaimanapun, rundingan terbabit tidak mudah seperti yang disangka apabila pihak Naomi meminta untuk menaikkan harga susulan populariti supermodel ketika itu.
“Harganya tiba-tiba meningkat selepas dia menjadi muka depan majalah Vogue dan siaran dokumentari mengenainya. Disebabkan itu harganya meningkat mendadak.
“Mungkin kerana kami pereka dari Malaysia, jadi dia ingin ‘ketuk’ sebab bayarannya mencecah lebih RM4.5 juta.
“Kemudian kami sendiri berbincang dengan pihak Naomi dan akhirnya dia (Naomi) bersetuju dengan harga asal,” katanya.
Naomi mengenakan gaun putih hitam dan dihiasi dengan kristal serta dipadankan dengan jaket bolero untuk koleksi musim bunga/panas 2024.
Rekaan tersebut turut diilhamkan daripada legenda rakyat Nusantara diberi nama Naga Seri Gumum yang mengisahkan tentang naga tidur di Tasik Chini, Pahang.
Fuh, rupanya banyak juga cabaran yang Rizman Ruzaini hadapi demi merealisasikan impian mereka.
Sumber: YouTube