in

“Risaunya!” – Kaki Tersepit Di Eskalator, Ibu & Anak Berpelukan Ketika Diselamatkan

Untitled Design 24

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Eskalator merupakan satu kemudahan yang banyak membantu kita terutama sekali di tempat-tempat awam seperti pusat beli belah atau stesen kereta api.

Pun begitu, ianya juga boleh menjadi sesuatu yang amat membahayakan jika adanya masalah teknikal atau salah guna kemudahan tersebut.


Artikel berkaitan: “Turut berdukacita atas wafatnya” – Eskalator Rosak Tapi Tak Dibaiki, Orang Ramai Geram Sampai Letak Kubur & Ucapan Takziah

Artikel berkaitan: [VIDEO] ‘Handrail’ Eskalator Tercabut Di Stesen MRT Buat Netizen Ngeri

Seperti yang tular baru-baru ini, aktiviti hujung minggu satu keluarga ini bertukar tragedi apabila kaki seorang kanak-kanak tersangkut di eskalator Setapak Central Mall, Kuala Lumpur.

Lebih menyedihkan, dalam klip yang tular di media sosial itu, kelihatan seorang wanita yang dipercayai ibu kepada kanak-kanak tersebut sedang memeluk anaknya itu ketika pihak bomba sedang cuba untuk menyelamatkan kedua-dua mereka.

Dalam video tersebut, dapat dilihat kaki kanak-kanak tersebut rapat ke bahagian tepi eskalator itu dan dia tidak dapat bergerak.

Menurut sumber, kanak-kanak perempuan itu difahamkan berjaya diselamatkan pihak bomba bagaimanapun statusnya masih belum dapat dipastikan.

Setakat artikel ini ditulis, masih belum ada kenyataan rasmi dari pihak bomba atau pihak keluarga mangsa tersebut.

Harapnya semua selamat…

Sumber: Majoriti

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.