Jalan yang berlubang bukan sahaja boleh merosakkan tayar kenderaan kita, namun ia juga boleh menyebabkan kemalangan.
Oleh sebab itulah, seorang lelaki di Jawa Timur, Indonesia ini memutuskan untuk menampal sendiri jalan raya di kawasan berdekatan rumahnya kerana bimbang anak perempuannya mengalami kemalangan.
Menurut Kompas.com, lelaki yang dikenali Gufron itu telah mengambil masa selama dua hari untuk menampal jalan tersebut seorang diri dengan menggunakan alat yang dimilikinya.
DIfahamkan, lelaki yang berusia 62 tahun itu bertindak sedemikian kerana pihak berwajib tidak membaiki jalan tersebut. Dia juga risau jalan berlubang itu akan menyebabkan anaknya terlibat dalam kemalangan.
Ini kerana anak perempuannya sering melalui jalan itu setiap hari untuk ke tempat kerjanya di bandar.
Tindakan lelaki itu kemudiannya telah mendapat perhatian Pemerintah Wilayah itu setelah tular di media sosial apabila kisahnya itu dikongsikan oleh penduduk sekitar kawasan itu dan media.
Pihak berkuasa kemudiannya berjanji akan memastikan bahawa pihak berkaitan akan segera membaiki jalan dengan sebaik dan secepat mungkin.
Menurut pihak berwajib, pihak mereka telah mula membaiki jalan berlubang di sekitar kawasan itu secara berkala namun agak sukar untuk pihak mereka membaiki semua jalan dalam masa serentak.
Sumber: Kompas.com
Baca: Lelaki Ini Tanam Pokok Pisang Di Tengah Jalan Gara-gara Geram Jalan Berlubang