Zaman sekarang ni semuanya di hujung jari dan kebanyakan daripada kita mesti sekurang-kurangnya ada satu sosial media contohnya Instagram, Twitter, Snapchat dan sebagainya.
Namun, walaupun zaman makin canggih, pasti ada je pihak yang menyalahgunakan aplikasi-aplikasi ni dan langsung tidak teragak-agak untuk melakukan benda-benda yang tidak senonoh.
Baru-baru ini, kecoh di Twitter menerusi akaun @syaazaazainal atau lebih dikenali sebagai Syaza selepas dia kongsikan screenshot Instagramnya bersama seorang lelaki.
https://twitter.com/syaazaazainal/status/1505581552432197632?t=ZRkRLCInxydeer0isIPbKA&s=19
Menerusi perbualan di Direct Message (DM) Instagram terbabit, lelaki tersebut didakwa ‘mengacau’ Syaza walaupun dia tahu bahawa perempuan tersebut telah berkahwin. Min dengar pun takut ya!
Apa yang lebih memeranjatkan lagi, lelaki tersebut tidak meminta maaf atas perbuatannya dan siap memberi nasihat kepada gadis ini.
“Seseorang yang sudah berkahwin sepatutnya menutup akaun sosial media, duduk dalam rumah dan sentiasa menutup aurat bila di luar rumah, kebiasaannya atau lelaki akan menjadi keliru..maaf kerana bertanya…kirim salam kat husband. Respect!“ – Ujar lelaki itu
Syaza berkata kepada Lobak Merah bahawa dia juga pernah menerima beberapa DM yang lebih kurang sebelum ini tetapi tidak dilayan malah menyekat mereka dengan serta merta.
Disebabkan kejadian yang berlaku kepada Syaza ni, ramai warga Twitter yang turut meluahkan rasa geram dan tidak puas hati kepada lelaki terbabit dengan menyuruh lelaki itu meminta maaf dan mencari perempuan single.
Min harap agar korang kat luar sana sentiasa berhati-hati tau. Orang kata cegah dahulu sebelum terlambat hehe
Baca: “Cubalah kawin dulu” – Kecoh Di Twitter, Lelaki Sindir Wanita Tak Berhias Untuk Suami Di Rumah