Sekarang negara kita telahpun masuk musim tengkujuh yang mana akan menyebabkan jalanraya licin dan sesak. Bukan itu sahaja, orang ramai juga akan menjadi cepat lapar ketika hujan yang menyebabkan mereka akan memesan makanan secara delivery.
Bila jalan menjadi licin, rider penghantar makanan akan cuba sehabis baik mereka untuk menghantar dengan pantas. Namun begitu, mereka berisiko tinggi untuk ditimpa kemalangan lagi-lagi ketika hujan.
Satu kejadian melibatkan rider Foodpanda ketika ingin menghantar makanan yang mana dia telah menjadi mangsa langgar lari sebuah kereta dan menyebabkan dirinya terbabas di tepi longkang. Kejadian tersebut dikongsikan oleh seorang netizen menerusi akaun TikToknya @prettyayue.
Dalam video itu, dilihatkan suaminya turun dari kereta untuk membantu rider tersebut selepas beberapa kali tangannya terkapai-kapai ingin meminta tolong. Motor miliknya pula hampir tenggelam sepenuhnya dalam longkang yang dalam.
Selepas suaminya memberanikan diri untuk menolong, ramai orang di kawasan itu turut sama menghulurkan bantuan. Tindakan mereka itu mendapat banyak pujian di bahagian komen malah ada yang mewakili rider Foodpanda juga berterima kasih kerana sudi bantu mangsa langgar lari itu.
Turut memberi komen di video yang mendapat lebih 2.2 juta views dan hampir 290 ribu likes adalah isteri kepada rider itu, dia memberitahu bahawa suaminya kini stabil dan berterima kasih kepada semua yang telah mendoakan kesembuhan suaminya.
Mujurlah tiada apa-apa yang teruk, Min doakan semoga diberikan kesembuhan dan dapat berkhidmat semula.
Baca: Servis Bukan Biasa-Biasa, Rider Foodpanda Siap Kejut Customer Bangun Tidur