in

“Rezeki ko bang” – Lelaki Terkejut Menang Cabutan Bertuah Jenama Baju Melayu, Dapat Nissan GT-R

bulan 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Salah satu jenama baju melayu tempatan iaitu Bulan Bintang kini sedang menjalankan cabutan bertuah kepada semua pelanggannya. Pemenang juga berpeluang memenangi hadiah lumayan termasuklah kereta sport idaman ramai iaitu Nissan GT-R.

Kalau sebelum ini tular video seorang individu bertuah memenangi pakej umrah, kali ini seorang lelaki telah bertuah menjadi pemenang bagi kereta Nissan GT-R.


Rezeki menang Nissan GT-R

Berbeza dengan pemenang hadiah yang lain, sesiapa yang bertuah mendapat ‘Golden Ticket’ sahaja yang layak untuk memenangi kereta tersebut.

Perkongsian video oleh @nadzrulabdullah di TikTok menunjukkan dirinya sedang mencuba nasib sama seperti pembeli produk jenama Bulan Bintang namun bertuahnya Nadzrul ini kerana dia telah mendapat ‘Golden Ticket’.

Artikel berkaitan: “The power of doa’ – Ibu Terkejut Menang Cabutan Bertuah Pakej Umrah

Artikel berkaitan: Pelajar Sebak Menang Cabutan Bertuah Pakej Umrah, Hadiah Daripada Guru Bersara

Selepas Nadzrul berjaya mendapat tiket istimewa tersebut, dia berasa gementar sambil menunggu paparan hadiah yang dimenangi. Rezeki buat Nadzrul dia berjaya mendapat hadiah kereta Nissan GT-R jenis R35. Rakan sepejabat yang lain turut menyambut kemenangan Nadzrul.

@nadzrulabdullah

ahamdulluh @meri yang busy @hausboomhq #terpaling raya @alhaf1210

♬ Alamak Raya Lagi DEFAM – De Fam

Perlu dapatkan ‘Golden Ticket’ lain?

Pun begitu, hantaran oleh @hausboom di Instagram, mereka telah menjelaskan syarat untuk memenangi hadiah kereta tersebut.

Tidak hanya mendapat ‘Golden Ticket’ daripada jenama baju melayu Bulan Bintang, bakal pemenang juga perlu bertuah mendapat satu lagi ‘Golden Ticket’ selepas membeli jenama minuman popular iaitu Hausboom.

1 Hausboom ‘Golden Ticket’ + 1 Bulan Bintang ‘Golden Ticket’.. Boleh menang NISSAN GTR 35.

Bagaimanapun, menerusi video lain di TikTok, Nadzrul ada memuat naik ‘Golden Ticket’ Hausboom yang dimenangi olehnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HAUSBOOM HQ OFFICIAL (@hausboom)

Menjengah di ruangan komen, ramai netizen mengucapkan tahniah kepada Nadzrul. Ada yang bergurau dengan Nadzrul mengatakan diri mereka adalah kawan Nadzrul sewaktu kecil.

bulan 2 bulan 3

Selain itu, ada netizen lain berkata Nadzrul merupakan pemenang untuk hadiah Nissan GT-R tersebut.

bulan 1

Rezeki kau bang.. Alhamdulillah!

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.