in

Restoran Mamak di Kulai Jaya Basuh Makanan Untuk Dimasak Semula dengan Kuah Baru

Mamak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Restoran Mamak di Kulai Jaya Basuh Makanan Untuk Dimasak Semula dengan Kuah Baru
Loading
/

Berapa banyak kafe hipster dibuka pun, mamak tetap menjadi pilihan ramai.

Nak tengok bola, pergi mamak. Nak lepak dengan kawan, pergi mamak. Lapar tengah malam, cari mamak. Semua mamak lah!


We Are Malaysian Indians baru-baru ini memuat naik satu video dan dua gambar di Facebook menunjukkkan perbuatan jijik sebuah kedai mamak di Kulai Jaya, Johor KITAR SEMULA makanan!

Restoran itu mengambil daging serta makanan laut yang sudah dimasak untuk dibasuh dan dimasak semula di dalam kuah yang baru.

Di dalam video itu, seorang pekerja lelaki dilihat sedang membersihkan sambal udang di sinki. Lelaki itu malah menapis udang itu beberapa kali untuk memastikan ianya dibersihkan sepenuhnya.

Menurut status di Facebook itu, kesemua makanan sudah lama dimasak.

Sudah tiga hari udang ini tidak dibuang, dibasuh menggunakan air dan dimasak semula!”

Hari pertama dimasak udang kari, hari kedua dimasak udang sambal dan hari ketiga dimasak udang kicap!”

Di dalam gambar yang dimuat naik pula menunjukkan beberapa dulang yang dipenuhi makanan diletakkan di tepi sinki. Malah, makanan itu semua memang jelas kelihatan tidak segar dan akan dibasuh untuk dimasak semula.

Aq1
sumber: facebook
Aq2
sumber: facebook

Sikap tidak bertanggungjawab dan tidak menjaga kebersihan restoran ini pastinya membuatkan rakyat Malaysia berasa sangat jijik. Ramai netizen mendesak pihak berkuasa untuk menutup restoran berkenaan secepat mungkin sebelum berlaku kes keracunan makanan.

Namun ada juga netizen yang menganggap perkara ini adalah sesuatu yang biasa! Mereka menyokong tindakan kotor ini dan menggelar ianya satu tindakan yang bijak!

Aku sendiri masak pun aku buat macam itu contoh daging ke udang ke ayam yang di masak guna sambal tapi tidak habis aku basuh bersih-bersih aku masak semula tak jadi masalah pun tak membazir…”

Malah, ada juga yang mengatakan bukti di dalam video tidak kukuh untuk orang ramai terus menghukum begitu sahaja.

Aku tak nampak pun dalam video ni lepas basuh dia masukkan dalam kuali. Ini sabotaj atau fitnah..”

Kalau setakat ambil gambar cuci balik tak kukuh alasan tu. mungkin dia nak bagi anjing makan. Berprasangka baik.”

Walaubagaimanapun, diharapkan pihak berwajib peka dan ambil initiatif untuk periksa restoran ini sebelum ambil tindakan selanjutnya.

Kepada orang ramai, jangan terus menganggap semua kedai mamak sama hanya kerana video yang anda tonton ini.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.