Sejak kebelakangan ini, ramai yang semakin cakna berkenaan isu Global Ikhwan Services Business Holdings (GISBH) susulan penahanan beberapa pemimpin kanan termasuk Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat itu dan isterinya.
Penahanan itu selepas adanya laporan rumah amal kendalian syarikat itu didakwa melakukan penderaan, pengabaian serta salah laku seksual.
Artikel berkaitan: “Kami berani bersumpah” – Staf Restoran GISBH Nafi Letak Air Rendaman Kaki & Janggut Dalam Makanan
Artikel berkaitan: Anak Pemimpin Utama GISBH Antara 5 Ditahan Ketika Cuba Rentas Sempadan Malaysia-Thailand
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata maklumat lanjut mengenai penahanan itu akan diumumkan nanti.
Dalam pada itu, di TikTok pula tular sebuah video yang memaparkan salah satu restoran milik GISBH yang terletak di Singapura.
@rasyidshah Kat Singapore pon ada guys. Bukan kaleng2 #gisb #alarqam #abuya #fyp #viraltiktokmalaysia
Tidak seperti di Malaysia, restoran itu diberi nama Mihrimah Restaurant namun logo serta warna papan tanda restoran itu sama seperti di Malaysia.
Difahamkan, restoran itu terletak berdekatan Masjid Sultan yang ikonik di Singapura, restoran itu menyajikan makanan Melayu serta makanan seperti roti canai dan sebagainya.
Pun begitu, ramai juga orang tempatan yang berkongsi pengalaman makan di situ dan rata-rata memuji kesedapan masakan di situ, namun ramai juga yang sudah memboikot restoran tersebut selepas GISBH terpalit dengan isu tersebut.
Korang pernah makan kat restoran ni tak?
Sumber: TikTok