in

Respon Adik Ini Bila Dapat Tahu ‘Office’ Ayah Ada Staf Perempuan Lawa Bikin Netizen Terhibur

buang ayah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rasanya kebanyakan orang sukar untuk menerima jika pasangan mereka berkahwin lain. Kadang-kadang, walaupun bergurau, isu hendak berkahwin lain ini boleh bikin gaduh sampai tarik muka merajuk.

Bercakap pasal isu kahwin lain, min nak kongsikan satu video yang kini tular di TikTok negara jiran, Indonesia yang memaparkan seorang kanak-kanak perempuan menangis dan meminta ibunya membuang ayahnya ke tong sampah. Extremenya! Kenapa tiba2 ekkk???


buang bapa e1653100231570

Menerusi satu video yang sudah meraih lebih 13 juta tontonan di laman sosial TikTok (setakat artikel ini ditulis), seorang kanak-kanak perempuan dilihat berbaring di atas katil sambil mengadu kepada ibunya tentang bagaimana di tempat kerja bapanya ada staf wanita cantik.

Menurut video yang dikongsikan di akaun @anakmamipintar, kanak-kanak yang dikenali sebagai Dini itu menyuruh ibunya membuang bapanya ke tempat sampah. Semuanya gara-gara tidak mahu bapanya berkahwin lain jika tiba-tiba dia tersuka dengan mana-mana rakan sekerja wanita di pejabat.

Korang boleh tengok video tu kat bawah ni:

@anakmamipintar

Anak perempuan lebih sensitif #fypシ #masukberanda #bayigemes #bayiketawa #bayitiktok

♬ Hati Yang Kau Sakiti – Rossa

“Abi kan nggak boleh kerja sama cewek cantik! Tau-tau abi suka?

Nanti menikah lagi. Nanti tau-tau menikah sama cewek cantik,” kata Dini.

Video luahan hati kanak-kanak cilik ini mendapat perhatian pengguna media sosial bukan saja dari Indonesia malah juga dari Malaysia. Kebanyakannya terhibur dan tak kurang juga ada yang tertanya-tanya adakah Dini terpengaruh dengan drama televisyen sehingga boleh overthinking seperti itu.

Ada juga yang berkongsikan kerenah anak mereka sendiri yang pernah menyuarakan perkara sama seperti Dini.

“Sama seperti anak ku. Baru berumur 4 tahun, pertama kali ikut ayahnya ke office tapi ternampak ayahnya cakap dengan perempuan lain, dia tarik muka,” tulis netizen.

“Cousin aku pun macam ni tapi dia tengok gambar mak dia masa muda kat henpon ayahnya. Dia ingat tu perempuan lain terus menangis sebab ingat ayah dia ada isteri baru,” kata yang lain pula.

 

Sumber: TikTok @anakmamipintar

Baca: “Biasalah budak ada mood dia” – [VIDEO] Ramai Netizen Marah Kanak-kanak ‘Kacau’ Gambar Raya

tttantrum e1652580416636

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.