in

‘Report’ Pun Tak Jalan, Individu Longgok Sampah Di Koridor Flat Sampai Susahkan Jiran Lain

Ft Ppr Kotor

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini telah tular sebuah ciapan, memaparkan keadaan koridor di sebuah rumah pangsapuri yang dipenuhi dengan timbunan barang-barang terpakai telah mengundang kritikan netizen. Kejadian ini dipercayai berlaku di pangsapuri PPR Taman Medan, Petaling Jaya, Selangor.

Menurut akaun pemilik @Aidilsundae, tuan rumah rumah tersebut dikatakan melonggokkan barangan di hadapan rumah jiran lain sampai menghalang laluan tanpa rasa ‘segan silu’.


Sampai susahkan jiran lain

Menerusi ciapan tersebut dapat dilihat longgokkan pelbagai barangan seperti bungkusan plastik, kotak serta pakaian yang berada di hadapan sebuah rumah telah membuatkan penghuni lain tidak boleh menggunakan laluan tersebut.

“Ni dekat sebelah rumah kakak aku. Disebabkan banyak sangat barang dia kumpul sampai susah nak jalan.”

“Ayah aku pula pakai wheelchair, jadi satu kerja kena pusing satu floor untuk pergi ke lif sebelah rumah dia. Sepatutnya laluan dekat je, tapi terus jadi jauh. Geram tengok sampah-sampah ni,” ciap Aidil.

Dah pernah buat report tapi tiada tindakan susulan?

Screenshot 2023 02 27 111052

Menurut pemilik akaun Twitter tersebut, kakaknya selaku penghuni pangsapuri tersebut telah pun membuat laporan mengenai hal berkenaan, namun sehingga kini masih belum ada perubahan atau tindakan yang dilakukan.

“Sebenarnya, kakak aku pernah buat report., Tapi masih tak jalan,. Owner rumah buat tegak (tak peduli) je. Selfish sangat, geram!,” jelasnya.

“AJK block pernah gotong royong bersihkan rumah ni” – Netizen

Tinjauan ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa geli dengan keadaan rumah tersebut. Tapi apa yang menarik perhatian adalah ada individu mendakwa rumah tersebut pernah dibersihkan oleh AJK pangsapuri itu namun tidak lama selepas itu longgokkan sampah itu kembali.

Screenshot 2023 02 27 111317

Sumber : Twitter (Aidilsundae) , mStar

Korang rasa kenapa dia longgok barangan terpakai sampai macam tu sekali eh?

Baca : Disangkakan Titisan Air Kopi, Rupanya Jiran Jemur Daging Babi Di Ampaian

Jemur Daging Babi 728X383 1

Sumber: mStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.