in

Remaja Perempuan 17 Tahun Dilarikan BF, Tinggal Dalam Stor Besi Buruk Selama 11 Bulan

Stor Besi Buruk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pihak polis menyelamatkan seorang remaja perempuan berusia 17 tahun yang difahamkan telah dibawa lari oleh kekasihnya yang berusia 23 tahun sejak Julai lalu.

Remaja perempuan itu ditemui dalam sebuah stor besi buruk di Banting, Selangor selepas adanya serbuan oleh pihak polis, difahamkan kedua-dua mereka tinggal di stor berkenaan sejak bulan Julai lalu.


Menurut laporan Berita Harian, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, motif kejadian dipercayai suspek yang bercinta dengan mangsa sejak 2014 cemburu dan menuduh remaja berkenaan mempunyai teman lelaki lain.

“Dipercayai mangsa memang mengikut suspek namun kes disiasat mengikut Seksyen 52 Akta Kanak-kanak 2001 kerana mangsa berusia 17 tahun,” katanya.

Hasil risikan polis dapat mengesan mangsa di Jalan Bukit Perah, Kampung Olak Lempit serta menahan suspek di sekitar Banting.

Difahamkan, sepanjang mangsa hilang, dia tidak pernah menghubungi keluarganya dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti sekiranya berlaku perlakuan seksual.

Siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan berikutan suspek membuat ugutan bahawa ibu mangsa hanya akan bertemu dengan anaknya hanya selepas mangsa mati.

Baca: Remaja Disyaki Jadi Mangsa ‘Serial Killer’ Tiba-Tiba Muncul Lepas 5 Tahun, Rupanya…

Collage 13

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.