Baru-baru ini, seorang remaja perempuan berusia 14 tahun dilaporkan hilang sejak 12 Februari selepas tidak pulang ke rumahnya di Kluang, Johor.
Malam tadi, remaja yang dikenali sebagai Nur Fakhira Dania Zahir itu difahamkan telah ditemui dan misteri kehilangannya terungkai apabila dia ditemui dijaga dengan baik oleh seorang nenek bertongkat di kaki Gunung Lambak, Kluang.
Artikel berkaitan: Suami Lapor Polis Isteri Hilang, Rupanya Ditemui Maut Dengan Kekasih Gelap Dalam Kereta
Artikel berkaitan: “Macam main kejar-kejar” – Saksi Lihat Dua Budak Bermain Pada Hari Zayn Rayyan Hilang
Remaja itu ditemui di rumah nenek berkenaan yang terletak di Kampung Datuk Abdul Rahman Yassin oleh penduduk tempatan.
Menurut ibu Nur Fakhira, Norita Kasmin, 47, penemuan kira-kira pukul 10 malam tadi dimaklumkan oleh adik iparnya sebelum anaknya itu diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
Menerusi laporan Kosmo!, selepas menerima maklumat daripada pihak polis, keluarga terus ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang untuk menemui Nur Fakhira dan bersyukur kerana dalam keadaan selamat sebelum dibawa pulang ke rumah.
“Bagaimanapun, anak masih enggan bercerita tentang kejadian sehingga dirinya hilang dalam tempoh seminggu dan ditemui berada dalam rumah seorang wanita tua yang sudah bertongkat untuk berjalan serta tidak dikenalinya itu.
Dia juga dilihat dalam keadaan trauma serta tidak mahu bercakap banyak apabila disoal untuk mendaptkan kepastian tentang dirinya,” katanya.
Ibunya itu turut berkongsi, pada masa ini anaknya itu tinggal bersama keluarga bapa saudaranya sebelum kembali memulakan persekolahannya.
Sumber: Kosmo!