Seorang remaja berusia 16 tahun dari Korea Selatan dihadapkan ke mahkamah selepas dia didakwa membuli dengan melukis tatu pada badan dua rakan sekolahnya. Kes buli ini tular dan menjadi tajuk utama di Korea Selatan hingga mencetuskan kemarahan ibu bapa.
Menurut laporan polis, hasil siasatan mendapati pelaku didakwa melukis tatu secara paksa pada dua remaja yang lebih muda. Difahamkan, pelaku mendakwa dia mahu menjenamakan semula mangsa dan melatih kemahiran mencacah tatunya.
Ibu bapa mangsa pertama memfailkan aduan pada Mac lalu selepas tidak sengaja menemui tatu besar pada kaki anak mereka. Selepas bertanya tentang tatu itu, remaja itu mengaku telah dipaksa oleh rakan sekolahnya sejak dua tahun lalu.
Terdahulu, mangsa berusia 15 tahun itu mendakwa suspek telah memangilnya di sebuah motel di Incheon pada Oktober tahun lalu, kemudian melukis tatu tada badannya tanpa kerelaan. Mangsa juga mendakwa telah dipukul dan dipaksa untuk memberikan wang sejak dua tahun lalu.
Selepas pendedahan mangsa pertama tular, seorang lagi remaja berusia 15 tahun tampil dengan kisah yang sama.
Menurut mangsa kedua, pembuli yang sama telah melukis tatu besar pada dada kiri, bahu dan lengannya. Mangsa kedua juga mendakwa dia ketakutan sehingga enggan hadir ke sekolah.
Bagaimanapun, suspek mendakwa tuduhan kedua-dua mangsa adalah palsu dan mereka sebenarnya bersetuju dengan tatu itu. Keluarga pelaku juga menyokong kenyataan itu selain menambah bahawa adalah mustahil untuk mereka menjalani prosedur yang panjang dan menyakitkan itu.
Untuk rekod, remaja berusia 16 tahun itu kini berdepan tuduhan paksaan dan melanggar undang-undang perubatan Korea Selatan yang hanya membenarkan pengamal perubatan profesional melakukan tatu.
Kredit: Oddity Central
BACA: Kepala Mula Botak, Lelaki Ini Cacah Tatu Rambut Depan Pada Dahi