Baru-baru ini, kita digemparkan dengan berita di mana seorang remaja membunuh ibu serta abangnya di Taman Rambai Mutiara, Bukit Rambai, Melaka dengan alasan mengalami tekanan selepas disuruh untuk belajar bagi menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini.
Tertuduh yang didakwa di Mahkamah Majistret Melaka itu kelihatan sugul dan hanya mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin di hadapan Majistret Uthman Abd. Ghani.
Artikel berkaitan: Remaja 17 Tahun Ma*t Ditangan Rakan, Punca Bergaduh Disebabkan iPhone 11
Artikel berkaitan: Tekanan Belajar & Dendam Punca Anak T*kam Ibu & Abang Sulung Di Melaka
Menurut laporan Kosmo!, remaja itu didakwa dengan sengaja menyebabkan kematian ibu dan abangnya berusia 51 dan 21 tahun di sebuah rumah di Taman Rambai Mutiara pada pukul 5 dan 5.30 pagi, 12 Jun lalu.
Sabit kesalahan, tertuduh berdepan hukuman mati atau penjara maksimum 40 tahun serta minimum 12 sebatan sekiranya tidak dikenakan hukuman gantung mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Dalam prosiding sama, tertuduh turut didakwa di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mencederakan adik lelakinya berusia 13 tahun dengan pisau lipat di lokasi, masa dan tarikh sama.
Timbalan Pendakwa Raya, Farah Nabihah Roslan tidak menawarkan sebarang jaminan dan peguam Cassian Anthony yang mewakili tertuduh tidak membuat sebarang bantahan.
Difahamkan, mahkamah menetapkan 24 Julai ini untuk sebutan semula kes.
Sumber: Kosmo!