in

Remaja 14 Tahun Terjun Tingkat 5 Bangunan Sekolah Lepas Kena Tampar Dengan Mak Depan Kawan-kawan Kelas

Wuhan3

Sayang anak ditangan-tangankan, pepatah dulu-dulu yang orang-orang asia amalkan sehingga sekarang.

Tapi bila dah masuk zaman moden ni dah lain, bukanlah nak memprovokasikan anak-anak muda tetapi ibu bapa juga kena berpada-pada sikit, sebab pendekatan psikologi memainkan peranan penting dalam mendidik anak jika ingin ‘mengajar’ mereka andaikata melakukan kesilapan.

Jika hanya kerap melakukan kekerasan tanpa sebarang usul, pasti ia akan menjejaskan mental si anak. Misalnya menyalahkan mereka, marah dan menggunakan kekerasan fizikal.

Menurut laporan China Press daripada WORLD OF BUZZ, seorang remaja 14 tahun dari Wuhan sanggup terjun dari tingkat 5 bangunan sekolah selepas kena tampar oleh ibunya depan rakan sekelasnya.

Dilaporkan, remaja tersebut  ‘ditangkap’ oleh pihak sekolah kerana bermain poker dengan rakan-rakannya. Ibu bapa mereka dipanggil ke sekolah sementara remaja tersebut dan rakan-rakannya diarahkan berdiri di koridor sebagai denda.

Wuhhan

Ketika ibu remaja tersebut tiba, dia dilihat memarahi anaknya dan menamparnya. Cikgu-cikgu yang ada di tempat itu cuba meleraikannya dan remaja itu hanya berdiri dan mendiamkan diri sekitar 3  minit sebelum terjun.

Dia segera dikejarkan ke hospital dan disahkan meninggal dunia pada jam 9 malam. Memandangkan kes itu viral.

Wuhan2

Ramai yang mengritik remaja itu bersikap terlalu ‘manja’, namun begitu ramai juga yang menghentam cara ibunya menghukum anak.

Kata mereka si ibu itu harus memikirkan nasib anaknya dari sudut psikologi, lebih-lebih lagi nak membuat tindakan tersebut depan orang ramai. Mereka menggambarkan jika kita berada di tempat lelaki tersebut.

 

Baca : [VIDEO] Pemandu Maut Akibat Terjun ‘Flyover’, Nak Lari Daripada Dikejar Orang Awam Sebab Langgar Penunggang Motor

Cccc

Sumber: China Press
Sumber: China Press