in

Remaja 14 Tahun Nafi T*kam Ibu Saudara, Dibenar Ikat Jamin RM3,000

remaja nafi tikam ibu saudara

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Remaja perempuan 14 tahun yang dilaporkan menikam ibu saudaranya di rumah, mengaku tidak bersalah melakukan perbuatan itu dalam kejadian pada Jumaat lalu.

Tertuduh membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Mohd Harith Mohd Mazlan selepas pertuduhan dibacakan kepadanya.


Remaja itu hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan kepadanya, namun memohon agar dibicarakan.

Artikel berkaitan: Tikam Ibu Saudara Sebab Dihalang Tinggal Dengan Ibu Kandung, Remaja 14 Tahun Ditahan Polis

Mengikut pertuduhan, remaja itu didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap wanita berusia 34 tahun menggunakan sebilah pisau di sebuah flat di Seberang Perai.

2956446

Dia didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.

Semasa prosiding, pihak pendakwaan mencadangkan jaminan RM5,000, namun peguam tertuduh meminta ikat jamin minima berikutan tertuduh adalah pesalah kanak-kanak, selain mahu bersekolah semula.

Dia kemudian diikat jamin sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan tidak boleh mendekati mangsa dan saksi kejadian.

Kes ditangguh sehingga 20 Mac untuk laporan forensik dan laporan perubatan.

Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.