in

Remaja 13 Tahun Reka Cerita Konon Diculik Van Putih, Rupanya Nak Elak Pergi Mengaji!

van 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak dahulu lagi, banyak kes penculikan dilaporkan dan selalunya mangsa terdiri daripada golongan wanita dan kanak-kanak.

Semalam, seorang remaja perempuan berusia 13 tahun telah berjaya diselamatkan oleh pihak polis selepas mereka menerima laporan tentang kehilangan remaja tersebut.


van 1
Sumber: Harian Metro

Remaja tak nak pergi kelas mengaji?

Berita kehilangan ini telah mencemaskan ibu kepada remaja tersebut sehingga dia membuat laporan di balai polis daerah Kota Kinabalu. Setelah disoal siasat, rupa-rupanya remaja tersebut sengaja mengada-adakan cerita dirinya telah diculik dek kerana enggan menghadiri kelas mengaji.

Mangsa juga takut dimarahi oleh pengadu (ibunya) kerana enggan hadir (ke kelas) mengaji. – Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda

Sepanjang tempoh kehilangan remaja tersebut, mangsa dikatakan bersiar-siar di Plaza Wawasan sehingga dia dikesan oleh pengawal keselamatan Wisma Sedco kerana terlalu lama berada di dalam bangunan itu.

Artikel berkaitan: Hanya Salah Faham, Polis Jelaskan Cerita Sebenar Kes Warga Asing Cuba Culik Budak

Artikel berkaitan: Pura-pura Kena Culik Masa Bercuti Dekat Kemboja Demi ‘Views’, ‘Content Creator’ Dari Taiwan Dipenjara 2 Tahun

Bagaimanapun, remaja itu telah diserahkan kepada waris dan diberikan nasihat supaya tidak mengulangi perbuatan itu.

Perbuatan itu juga menyusahkan pihak polis selain membuang masa dan tenaga melakukan siasatan. – pihak polis

Terdahulu, tular di media sosial tentang dakwaan seorang remaja berusia 13 tahun telah diculik dan dibawa lagi menggunakan van berwarna putih di Kampung Tanjung Aru Baru.

Mangsa juga mendakwa mulutnya telah ditutup tetapi sempat melarikan diri selepas penculik berhenti untuk membuang air kecil di tepi jalan.

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.