in

“Rela jadi mayat” – Lelaki Palsukan Kematian Sendiri, Sebab Nak Ambulans Hantar Balik Kampung

Combine Ambulans

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bermacam-macam alasan dan sebab yang diterima oleh pihak berkuasa daripada orang ramai supaya dapat pergi ke tempat yang dituju. Tak kisah dengan cara apa sekalipun asalkan dapat pergi ke destinasi itu.

Berlaku satu kejadian pelik di India di mana seorang lelaki sanggup memalsukan kematiannya sendiri supaya dapat dihantar ke kampungnya dengan menaiki ambulans sebagai ‘mayat’.


Memetik laporan daripada AmazingNara, sebuah ambulans telah membawa ‘mayat palsu’ itu bersama dengan 3 lagi lelaki lain ke kampung mereka. Namun, usaha itu tidak berjaya apabila pihak polis menahan mereka di salah satu pos pemeriksaan di kawasan mereka.

India

Menurut sumber, pemandu ambulans tersebut mendapat borang perintah palsu dari kolej perubatan kerajaan dan hospital di daerah Jammu itu untuk menghantar ‘mayat’ itu.

Ambulans

Pemalsuan surat tersebut didapati hasil bantuan daripada jururawat yang berjaya mendapatkan sijil kematian palsu itu.

Dalam surat tersebut itu juga tertera nama pemandu dan no kenderaan yang digunakan. Akibat daripada itu, dia juga turut ditahan bersama 4 individu yang lain.

Alahaii, macam-macam pulak sampai sanggup guna cara macam ni. 

Baca : “Please rembat! Takpe kejam macam India” – Penduduk Lari Bertempiaran Lepas Kena Sound Dengan Pegawai Kesihatan

Indiaaaa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.