in

Reina Lum ‘Sekolahkan’ Pihak Yang Tentang Kerajaan & TUDM Bantu Warga ‘Tembikai’ Dirawat Di Malaysia

Ft Reina Lum Sekolahkan Isu Tembikai

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Minggu lepas, Berita Harian melaporkan bahawa seramai 41 orang awam Palestin yang cedera akibat konflik di Gaza telah diterbangkan ke Malaysia menerusi dua pesawat Airbus A-400M milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ke Malaysia untuk mendapatkan rawatan.

Dapat kita lihat di media sosial mengenai bantuan dan rawatan yang diberikan kepada mereka, lebih sebak lagi adalah reaksi anak-anak Palestin yang melihat negara Malaysia buat pertama kali. Bagaimanapun, dilihat ada pihak yang menentang tindakan kerajaan melakukan perkara ini.


Artikel berkaitan : “Nak bantu operation” – Remaja 14 Tahun Menyamar Jadi Doktor Hospital Direman, Ini Taktiknya…

Artikel berkaitan : Kes Culik Albertine Leo: Polis Tahan Semula Suspek Bagi Membantu Siasatan

Sebelum ini, peguam dan aktivis, Siti Kasim ada ‘bersuara’ mengenai hal ini, dia menegaskan bahawa masih terdapat rakyat Malaysia yang masih memerlukan bantuan seperti orang-orang yang tinggal di kawasan pedalaman.

Menurut Siti Kasim, ia menjadi satu keutamaan untuk memikirkan nasib mereka dahulu berbanding dengan orang luar.

@sitizkasim

BEING HUMANITARIAN?

♬ original sound – Siti Kasim – Siti Kasim

Oleh itu, pempengaruh Reina Lum tampil memberikan penjelasan terhadap misi bantuan tersebut dan sekaligus menjawab pertikaian yang timbul.

“Dapat bantuan daripada kita punya tentera, so misi ini tidak membebankan ataupun tidak melibatkan kita punya public health system. Daripada terbang, mendarat dan semua orang health care yang bantu mereka adalah daripada tentera.”

Reina bagaimanapun tidak menafikan bahawa kesemua perbelanjaan misi tersebut daripada dana kerajaan, namun…

“Betul, saya tak nak menidakkan benda yang betul, tapi kita selama ni cakap yang kita support dia kan? Kita cakap, tapi ini adalah action dan inilah tindakan yang kita boleh buat padahal kita tak boleh memberhentikan satu ‘geno’ yang terang-terang salah.”

Baginya, ia adalah satu tindakan yang boleh kita lakukan sebagai tanda bantuan untuk membela nasib rakyat Palestin dan ia bergantung kepada pendapat masing-masing sama ada setuju atau tidak.

“Sebab kalau benda tu terjadi dekat negara kita, adakah kita akan jangka yang negara lain akan buat perkara yang sama? Jadi, apa yang kita dah bagi, Insya-Allah kita dapat balik. Insya-Allah.”

Selain itu, timbul juga satu isu di mana ada pihak yang ungkit tentang sistem dalam sektor perubatan di Malaysia yang dianggap tak terjaga tetapi terhegeh-hegeh nak jaga mereka yang dari luar ini. Ini respon Reina Lum.

@reinalum

Replying to @yi3ntiktok Senang kan kita kutuk negara2 lain sebab tidak membuat apa2 untuk humanity? Tapi isu dia sgt la clear.. It’s not easy to sacrifice for others. Even we ourselves don’t wanna do it. Ini adalah untuk renungan untuk kita semua.. #fypmalaysia

♬ original sound – Reina Lum – Reina Lum

“In my humble opinion, di mana kita semua, bila doktor dekat Malaysia berdemonstrasi tentang diaorang punya persekitaran di tempat kerja mereka, tentang diaorang punya hak sebagai pekerja, benda-benda ni bila diaorang dah cakap diaorang perlukan pertolongan mana rakyat Malaysia?”

Malah, Reina Lum sendiri tidak menafikan terhadap tindakan pihak atasan mengenai isu ini untuk mempertahankan hak doktor-doktor di Malaysia yang orang kita terlalu agungkan mereka semasa pandemik.

“Tapi mana kita masa mereka memerlukan sokongan kita. Isu ni bukan baru semalam, masalahnya isu ini dah lama sebelum konflik ‘tembikai’ tu benda ni memang dah ada tapi masih lagi tak diselesaikan.”

“Jadi isu ini, adakah akan jadi lagi bagus kalau kita tak tolong pun orang ‘tembikai’ dan duit tu kita guna untuk baiki masalah kita, bagus lah! Tapi kalau benda tu tak membawa beza pun tapi kita mampu lakukan sumbangan kecil untuk kemanusiaan, bagus atau tidak? Kena fikir sendiri.”

Apa pandangan korang? 

Sumber : Berita Harian, TikTok Reina Lum, TikTok Siti Kasim

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.