Hantaran terbaharu yang dimuat naik oleh personaliti media sosial, Kasih Iris Leona, mencuri perhatian ramai apabila memperlihatkan suasana penuh romantis dipercayai daripada sebuah majlis perkahwinan.
Menerusi foto yang dikongsi di Instagram, Leona kelihatan berbaju pengantin putih lengkap dengan veil sedang berjalan menuju ke pelamin berlatarbelakangkan dekorasi bunga serba putih di ruang terbuka.
Artikel berkaitan: “Dalam kehidupan lain” – Tidak ‘Girly’, Cik B Muat Naik Video DSV & Leona Menari Buat Ramai Sebak
Artikel berkaitan: “Daddy please pray for me” – Leona Mohon Bapa Doakannya Temui Jodoh Sempurna Pada 10 Malam Terakhir Ramadan
View this post on Instagram
Walaupun tiada kapsyen panjang disertakan, emoji hati berwarna putih yang digunakan sudah cukup memberi gambaran bahawa momen itu membawa makna tersendiri.
Ruangan komen turut dibanjiri ucapan tahniah daripada rakan selebriti dan pengikut setia. Malah, ada juga selebriti serta pempengaruh lain yang memberikan ucapan tahniah serta komen yang bertanya adakah hantaran itu sesuatu yang real.

Sehingga kini, hantaran tersebut telah meraih lebih 34,000 tanda suka dalam tempoh beberapa jam dimuat naik.
Bagaimanapun, Leona masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung maksud sebenar hantaran itu atau adakah wanita lengkap berbusana pengantin itu adalah dirinya.
Sumber: Instagram
