Bagi yang dah lama jadi peminat K-Pop, mesti nama idol wanita 2NE1 ni tak asing bagi korang kan? Kumpulan yang terdiri dari CL, Park Bom, Sandara Park dan Minzy ini telah debut pada tahun 2009.
Walau bagaimanapun, kumpulan generasi kedua dunia K-Pop dari agensi YG Entertainment ini telah menamatkan kontrak mereka pada 2016. Sejak itu, mereka tidak lagi melakukan persembahan bersama.
Namun, pada 17 April, 2NE1 kembali trending di Twitter selepas ketua kumpulannya, CL yang membuat persembahan solo di Coachella untuk 88rising’s ‘Heads In The Clouds Forever’ tampilkan kejutan dengan membawa ahli kumpulannya yang lain di pentas yang sama!
2gether again ♠♥♣♦ 2NE1 reuniting for @88rising’s Head in the Clouds Forever set.
Watch the @YouTube livestream for more surprises from the desert https://t.co/369m1pEHng pic.twitter.com/R40ntMdx5L
— Coachella (@coachella) April 17, 2022
Menurut Soompi, pada awalnya CL menyanyikan lagu solo terbarunya iaitu ‘Spicy’ sebelum buat persembahan lagu hit mereka iaitu ‘I Am The Best’ bersama dengan tiga ahlinya yang lain.
“Dejavu MAMA 2015!”
Ramai yang tak menjangkakan kemunculan tiga ahli yang lain kerana pada asalnya persembahan tersebut hanyalah dikhususkan kepada CL sahaja. Disebabkan itu, jeritan teruja peminat jelas kedengaran dalam video-video yang dikongsikan di media sosial.
Ianya merupakan persembahan pertama mereka bersama selepas 6 tahun sehinggakan ramai beri jolokan ‘pentas epik’ kerana CL pernah melakukan perkara yang sama pada Mnet Asian Music Awards (MAMA) 2015 lalu.
whoever made this, istg congratulations for making me cry it out loud 😭#Coachella2022 #2NE1chella #CLchella #2ne1 #88risingCoachella #HeadInTheCloudsForever #CL #BOM #MINZY #DARA pic.twitter.com/M4CWe37J9J
— 𓆩♡𓆪 (@gzbomsling) April 17, 2022
Menurut sumber, keyword 2NE1 kini telah digunakan lebih 2 juta di Twitter walaupun hanya mempersembahkan satu lagu saja di Coachella malah beberapa selebriti di Korea Selatan turut meluahkan keterujaan mereka di media sosial masing-masing.
Min sendiri sampai berair mata tengok performance diorang ni. Truly legend! Terus terbayang kalau buat persembahan, memang macam buat konsert!