in

Raya, Raya Juga… Tapi Covid-19 Jangan Lupa! 5 Tips Korang Boleh Follow Sempena Aidifitri 2023!

raya raya juga 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap kali raya, pasti kita semua sudah tidak sabar menanti lebaran tahun ini untuk berkumpul dengan sanak saudara kan?

Tapi, bila bercakap tentang raya dalam era Fasa Peralihan Endemik ini, ia bukan bermaksud Covid-19 tu dah hilang terus tau?


Covid-19 tu masih ada dan kita sebagai individu yang bertanggungjawab mestilah mengambil langkah berjaga-jaga dalam menyambut raya kali ini.

delima3.transformed

Berikut antara tips yang korang boleh take note sempena Aidilfitri ini: 

1. Sentiasa jaga kebersihan tangan 

Perkara utama yang kita perlu lihat ialah kebersihan diri kita terutamanya kebersihan tangan kerana bila nak pergi beraya, secara tidak sengaja pastinya kita akan tersentuh atau bersalam dengan sanak saudara yang kita jumpa.

Ini termasuklah golongan yang berisiko tinggi macam kanak-kanak, orang tua dan mereka yang berpenyakit. Sebaiknya seperti yang dinasihatkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, basuhlah tangan mengikut langkah-langkah yang betul dan pastikan korang sapu hand santizer pada tangan sebelum pergi beraya.

cuci 1627623001

 

2. Pakai mask setiap masa walaupun dalam rumah saudara

SOP pemakaian mask bagi sesetengah negara mungkin sudah dilonggarkan dan ada negara yang membenarkan rakyatnya membuka mask ketika berada di tempat awam.

Pun begitu di Malaysia, pemakaian mask adalah perkara wajib dan adalah dinasihatkan untuk kita tidak tanggalkan mask walaupun berada di rumah saudara. Pemakaian mask ini mampu mengurangkan risiko sama ada kita menyebarkan wabak atau dijangkiti wabak tersebut tau.

present 1

 

3. Jarakkan masa kehadiran setiap tetamu 

Untuk mengelakkan ramai tetamu datang pada satu jangka masa, adalah lebih baik jika tuan rumah membuat ‘jadual’ atau jarakkan masa kehadiran tetamu yang akan hadir ke rumah.

Misalnya jika seseorang itu ada rumah yang besar, mungkin boleh hadkan kehadiran tetamu kepada dua keluarga setiap sesi. Hal ini dibuat supaya jika ada seseorang terkena jangkitan Covid-19 ketika melawat, tidak ramai yang terdedah dengan wabak ini dan jumlah close contact juga akan kurang.

171619v3ffhyhl2y14tft4

 

4. Jangan cium kanak-kanak 

Antara perkara yang selalu diingatkan ibu bapa pada orang luar yang melawat rumah pastinya jangan memberi makanan sembarangan kepada anak mereka yang masih kecil.

Selain itu, sebagai tetamu yang datang ke rumah, kita juga diingatkan untuk tidak mencium kanak-kanak kecil untuk mengelakkan daripada tersebarnya virus Covid-19. Lebih membahayakan apabila kanak-kanak atau bayi berkenaan masih tidak lagi divaksin.

father mother with their newborn baby park 8595 14195

 

5. Buat test Covid-19 secara berkala 

Sebaiknya sebelum memulakan perjalanan pulang ke kampung ataupun menghadiri majlis open house yang berskala besar, kita dinasihatkan untuk membuat ujian kendiri Covid-19 untuk memastikan diri bebas daripada wabak tersebut.

Setelah pulang dari kampung juga kita dinasihatkan untuk membuat sekali lagi test Covid-19 kerana bimbang, manalah tahu kita sudah dijangkiti wabak itu ketika bercuti di kampung. Nanti tak pasal-pasal bila masuk office nanti sebarkan virus kepada rakan-rakan pula.

covid test

Apa-apapun nasihat min yang paling penting seperti saranan YB Menteri Kesihatan kita, ambillah suntikan booster bagi mereka yang berisiko atau belum mengambil vaksin lagi.

Semoga raya kali ini dapat diraikan dengan meriah walaupun virus Covid-19 masih lagi menjadi musuh utama negara. Selamat Hari Raya Aidilfitri gais! 

Baca: “Raya ni makan popcorn!” – Doctor Strange Bakal Ditayangkan Pada Hari Raya Kedua Tahun Ni!

strange

Sumber: BH
Sumber: BH
Sumber: Obelis
Sumber: Blog
Sumber: Pa&Ma
Sumber: RTM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.