in

“Rasa tak dihargai” – Zahnita Dedah Sebab Tidak Berhasrat Kembali Dalam Dunia Peragaan

Zahnita Dedah Rasa Tidak Hargai Jadi Model

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak awal Disember lalu, nama Zahnita menjadi bualan ramai selepas bekas pelakon dan supermodel itu mendedahkan dirinya menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

Zahnita atau nama penuhnya Zahnita Dorothy Hussein Wilson, 39, meluahkan rasa kecewa terhadap industri peragaan tempatan sehingga membuatkan dirinya tawar hati untuk kembali aktif dalam bidang tersebut.


Luah Zahnita dalam sebuah video di TikTok, dia tidak sanggup diperlakukan seperti peminta sedekah oleh pihak yang masih berhutang dan tidak melunaskan bayaran hasil kerja peragaannya.

Artikel berkaitan: “Tiada apa yang hendak saya sorokkan” – Zahnita Wilson Diarah Lakukan Ujian Air Kencing

Artikel berkaitan: Mahu Fokus Pada Bisnes Pai, Zahnita Wilson Tolak Tawaran RM150K Untuk Jadi Model

“Sehingga ke hari ini, ada orang yang hutang saya beribu-ribu dan apabila saya kejar dia untuk duit, hanya dapat beberapa ratus. Kita pula perlu merendahkan diri semata-mata untuk dapatkan bayaran.

“Jadi, malaslah nak kembali kepada itu semula,” katanya.

@kertas1001

Selepas lebih 10 tahun aktif dalam bidang modelling sebagai sumber pendapatan utama, ini alasan Zahnita mengenai dunia peragaan. Nampak macam merajuk, mungkin juga mahu fokus pada bisnes Zahnita’s Humble Pie diusahakannya sebagai sumber pendapatan utama ketika berdepan ujian rumah tangga ketika ini. Apapun alasan Zahni, pastinya itulah yang terbaik untuknya dan anak². Peminat pastinya akan terus mendoakan kejayaan Zahnita Wilson. #zahnitasupporters #zahnitawilson #zahnitahumblepie #zahnitahussein

♬ Stronger – Britney Spears

Paling membuatkan Zahnita tawar hati juga adalah kerana industri peragaan tempatan mengambil remeh terhadap perihal kontrak dan bayaran.

“Sebenarnya saya suka modelling, seni persembahan dan lakonan. Tapi maaf, industri kita sangat tidak matang dari segi kontrak dan bayaran,” katanya.

Lebih menyedihkan, Zahnita tidak merasakan usaha kerasnya yang dicurah sepenuh jiwa dalam kerjaya model sebelum ini tidak dihargai padahal dia serius melakukannya secara profesional.

Snapinsta.app 392730438 318470514140044 8698126713095306182 N 1080

“Dari dulu saya rasa tak dihargai. Ketika saya bekerja, saya usaha bersungguh-sungguh. Semua orang tahu saya sangat bekerja keras dan komited untuk menjadi model profesional.

“Tapi selepas beberapa tahun saya rasa tidak dihargai kerana bayaran macam itu juga meskipun sudah 10 tahun menonjolkan sikap komited saya sebagai model,” katanya.

Terdahulu, Zahnita menolak tawaran menjadi wajah jenama tekstil terkenal Jakel yang bernilai RM150,000.

Meskipun jumlahnya banyak, namun Zahnita merasakan itu bukan dunianya lagi dan hanya ingin menumpukan kepada perniagaan pai.

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.