Majlis graduasi sememangnya merupakan satu acara yang paling dinanti-nantikan oleh setiap graduan bagi menandakan setiap penat lelah dan halangan dihadapi dalam menuntut ilmu adalah berbaloi.
Setiap kali tiba musim bergraduasi juga, pastinya akan timbul kisah-kisah lucu dan unik yang sukar dilupakan buat mereka yang terlibat.
Selalunya graduan menerima sejambak bunga atau hadiah dari rakan dan ahli keluarga sebagai tanda meraikan kejayaan mereka tamat pengajian. Tetapi graduan ini diraikan bersama ahli keluarga dan rakan dengan gendang tradisional India!
Artikel berkaitan: “Pasrah Sangat Tu Bang”- Penghantar Makanan Redha, Wanita Bersama Jubah Konvo Ajak Bergambar
Artikel berkaitan: “Kemas & boleh nampak baju” – Jubah Konvo Jadi Perhatian Netizen, Penampilan Minimalis & Nampak Kemas
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, menunjukkan detik istimewa ahli keluarga dan rakan-rakannya meraikan graduan dari Universiti Malaya (UM) dengan gendang tradisional India atau dipanggil ‘Urumi Melam’.
@notfaerr Replying to @upupuptothesky i tahan nangis all the way masa record 😭❤️ #fyp #konvokesyenum63 #celebration
Dapat dilihat ahli keluarga mengelilingi graduan itu dengan mengangkatnya sambil bersorak dengan penuh semangat. Ramai yang merakam momen terindah itu turut terhibur dengan alunan gendangan muzik itu.
“I Ingat ada artis ke apa datang rupanya diorang celebrate begini. I tumpang rasa bahagia and dihargai walaupun bukan I yang konvo,” tulis pengguna TikTok yang merakam momen indah itu.
Perkongsian video itu telah mendapat pelbagai reaksi netizen, rata-ratanya begitu teruja dan teringin merasakan detik indah itu untuk hari istimewa masing-masing. Malah, momen itu juga mengingatkan kembali kepada mereka yang sudah bergraduasi.
Meriah betul!
Sumber: TikTok