Atlet berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang mengimbau saat dirinya menjalani pembedahan jantung 2 tahun lepas, beliau yang mengalami arteri koronari kanan yang menyalur dari aorta di posisi janggal/ganjil (AAORCA) sejak kecil itu menjelaskan bahawa sejak kejadian itu, dia menjadi lebih kuat.
Jelasnya menerusi satu hantaran di Instagram, ketika pembedahan dilakukan, Azizulhasni menjelaskan bahawa pembedahan yang dilakukan itu memakan masa yang lama. Namun, dirinya mula sedar pada keesokan paginya.
Artikel berkaitan : Tak Profesional &Tergantung Begitu Lama, Azizulhasni Awang Kecewa MSN Tak Tepati Janji
Artikel berkaitan : Azizulhasni Awang Kongsi Aksi ‘Pocket Rocket Girl’ Di Twitter, Jangka Bakal Dikalahkan Anak Tak Lama Lagi
Jelas beliau yang dikenali sebagai The Pocket Rocketman itu merasakan dirinya separa sedar dan tidak mampu untuk membuka mata, namun begitu dia boleh mendengar suara kakitangan seperti doktor dan jururawat sebelum keadaan menjadi lengang.
Biarpun dirinya yang begitu lemah pada waktu itu, Azizul cuba sedaya upaya untuk melawannya untuk membuka mata agar dapat melihat keadaan diri.
“Saya tebrukur kaku di atas katil dan dapat dilihat badan yang dipenuhi dengan pelbagai wayar. Saya seram. Di hidung saya ada tiub, tengkuk saya ditebuk, ada tiub. Begitu juga di perut, dada dan beberapa bahagian lain. Saya kelu.”
Sejak itu beliau mula tersedar yang mulutnya dipenuhi dengan sesuatu dan dari situlah Azizul perasan yang dirinya mempunyai masalah untuk bennafas.
“Rupa-rupanya ketika tidak sedar, saya bergantung sepenuhnya kepada tiub pernafasan yang dimasukkan ke dalam mulut terus ke saluran trachea. Apabila dia sedar dia tidak dapat bernafas melalui hidung dan mulut.”
Jelasnya, beliau terkapai-kapai untuk bernafas dan dalam masa yang sama juga Azizul terdengar bunyi beep yang sangat bising sambil tidak menyedari yang beliau telah menggenggam dan menekan butang peranti di tangannya.
Jururawat dan doktor bergegas ke arahnya dengan terburu-buru, dalam pada itu, Azizul menyatakan dirinya seperti nyawa di hujung tanduk, biarpun mereka cuba untuk berkomunikasi dengannya.
Sejak peristiwa itu, Azizul menjelaskan yang dirinya sangat bersyukur dan ia menjadikan dirinya kuat serta berpegang dnegan kata-kata ‘I have nothing to lose‘ dalam menjelani kehidupan dirinya.
Macam ni rasanya bila baru lepas bedah.
Sumber : Instagram