in

Rasa Diri Tak Cukup Cantik… Lucinta Luna Buat Pembedahan Lagi, Kali Ni Buang Halkum Pula!

Page Luna Baru

Siapa je yang tak kenal dengan selebriti dari negara seberang ni kan?

Lucinta Luna sering mengejutkan dunia hiburan dengan ‘hobi’nya yang suka membuat pembedahan plastik demi memastikan dirinya mendapat kecantikan yang diinginkan.

Tapi, disebabkan dirinya tak pernah merasa cukup cantik, Lucinta kini sedang menjadi topik perbualan orang ramai apabila difahamkan melakukan pembedahan sekali lagi supaya kelihatan betul-betul seperti wanita.

Kali ini, dipercayai Lucinta membuat pembedahan untuk membuang halkum dan proses itu dikongsikan di Instagram miliknya @lucintaluna_manjalita. Tapi, posting tu semua dah dipadam setakat ni…

Luna 3

“Buat kat Busan, Korea Selatan”

Menerusi posting yang dibuat itu, Lucinta memaklumkan bahawa dia melakukan pembedahan di sebuah hospital yang terletak di kawasan Busan, Korea Selatan dan telah pun selamat dibedah.

Menurut mStar, selepas melakukan pembedahan itu, Lucinta ingin dirinya digelar sebagai Ratu 9 Nyawa dan bukan lagi Ratu Keabadian seperti sebelum ini.

https://www.instagram.com/p/CfgoqOklMzt/

Lucinta juga sempat meminta orang ramai mendoakan supaya dirinya cepat kembali sembuh dan boleh bercakap seperti biasa dengan suara yang merdu selepas akui sukar untuk menelan makanan.

Sebelum ini, Lucinta pernah membuat kenyataan bahawa dirinya membuat pembedahan untuk mendapatkan wajah yang seiras dengan Lisa Blackpink.

Macam mana pula suara Lucinta ni nanti eh?

Baca: Lucinta Luna Buat “Plastic Surgery” di Korea, Ingin Ubah Wajah Jadi Lisa Blackpink

Untitled 1 6

Sumber: Instagram