in

Rapid Tutup Laluan LRT Antara Stesen Masjid Jamek & Bandaraya, Penjajaran Landasan Bengkok

struktur jejambat lrt retak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Perkhidmatan LRT Laluan Ampang kini dilaporkan sedang mengalami kelewatan awal pagi ini atas faktor keselamatan akibat penjajaran landasan yang bengkok (“kinked”) berhampiran stesen LRT Bandaraya.

Menerusi kenyataan media yang dikongsikan Rapid Rail di Twitter, pemerhatian awal mendapati kejadian ini berlaku disebabkan oleh kerosakan struktur jejambat yang dipercayai terjadi akibat daripada kerja-kerja pembinaan bersebelahan dengan kawasan tersebut.


Jurutera Rapid Rail kini dilaporkan sedang berada di kawasan terbabit bagi menilai keadaan bersama-sama dengan pakar struktur bagi memastikan  keselamatan dan kekukuhan.

Terpaksa tutup laluan Masjid Jamek hingga Bandaraya 

Susulan kejadian ini, pihak Rapid Rail mengambil keputusan untuk menutup laluan di antara stesen Masjid Jamek dan stesen Bandaraya sehingga kekukuhan dan keselamatan dapat dipastikan.

Perkhidmatan LRT Ampang akan dijalankan dengan kelajuan yang berkurangan dan ia akan menyebabkan kelewatan perkhidmatan selama 9 minit di dalam Daerah Pusat Perniagaan dan 18 minit di luar Daerah Pusat Perniagaan.

 

Tren-tren dari Putra Heights juga akan berpatah balik di Plaza Rakyat, manakala tren-tren dari Sentul Timur akan berpatah balik di Stesen Bandaraya.

Perkhidmatan ‘shuttle’ bas juga akan diperuntukkan di antara stesen Plaza Rakyat dan Masjid Jamek.

Korang juga boleh rujuk perkhidmatan bas alternatif seperti di bawah: 

Dalam pada itu, anggota Polis Bantuan difahamkan akan berada di stesen-stesen utama bagi mengawal kesesakan.

Pihak Rapid Rail juga memohon maaf atas kelewatan dan kesulitan yang dialami penumpang.

Baca: “Gerak kerja tersusun” – Lepas LRT & KTM, Anthony Loke ‘Spotcheck’ KLIA2 Pula

anthony

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.